eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024

Kongsikan Artikel Ini

Ramai tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara mudah nak claim. Wang tak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain.

Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupanya masih ada wang yang boleh kita tuntut dalam jumlah yang banyak.

Rupa-rupanya ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai wang tak dituntut dalam kad pengenalan diri juga. Berikut merupakan cara untuk anda ‘claim’ wang  yang tidak dituntut ini supaya boleh digunakan.

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 11

Baca Juga :

Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 12

Cara Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu:

Online

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 13

Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 14

Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”

Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 15

Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 16
Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 17

Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan

Wang tak Dituntut
eGumis : Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun 2024 18

Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.


*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

POS

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,

62594, Putrajaya

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
  • Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55 
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.


Kongsikan Artikel Ini