Belia merupakan salah satu golongan yang akan dibantu oleh kerajaan melalui Program PEMERKASA 2021. Melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam, Program eBelia ini akan ditambah baik.
Program eBelia ini merupakan sebuah program untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita hari ini.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini
Jumlah Bantuan E-Wallet PEMERKASA 2021
Jika sebelum ini bantuan e-wallet untuk belia sebanyak RM100, kini nilai bantuan ini akan dinaikkan sebanyak RM50 menjadikannya sebanyak RM150.
Bila Pengkreditan E-Wallet Dilakukan?
Pengkreditan akan dilakukan bermula Jun ini.
Siapa Yang Boleh Mohon?
- Golongan belia berusia antara 18 – 20 tahun
- Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
Bantuan ini akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.
Cara Untuk Memohon
- Muat turun aplikasi TNG E-wallet/Boost/Grab
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap
- Pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
- Akhir sekali tunggu pengkreditan e-wallet, sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun e-wallet anda.
Bantuan Lain Untuk Anak Muda
Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta dengan menjadikannya peruntukan keseluruhan sebanyak RM 21 juta.
Hal ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar dalam program keusahawanan.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.