Kompaun RM10,000 Individu Langgar SOP Sudah Bermula

Kongsikan Artikel Ini

kompaun%2Brm10%252C000
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

KUALA LUMPUR – Individu yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun RM10,000 mulai hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai jam 12.01 tengah malam tadi.

Rm10,000 Jika Melanggar SOP

Menurutnya, notis kompaun yang ditulis adalah bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetap nilai sebenar kompaun yang dikenakan.
“Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai.

Mengingatkan Orang Ramai Bahawa Perang Ke Atas Covid-19 Belum Tamat

“Di sebalik pindaan ini dibuat untuk bertujuan mengingatkan orang ramai bahawa perang ke atas Covid-19 masih belum tamat,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Khamis.
Abdul Hamid berkata, bagaimanapun individu yang dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada PKD untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara.
Katanya, kompaun maksimum RM10,000 itu hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan.
“Kita akan mengesan individu yang melakukan kesalahan berulang menerusi sistem yang dibangunkan,” katanya.

Antara Kesalahan Lain Melanggar SOP

Tambahnya, pesalah ini meliputi individu yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan hiburan tanpa lesen.
“Sebagaimana saya sarankan sebelum ini, sasaran nilai tinggi adalah mereka yang pesalah degil dan kesalahan berulang. Nama mereka dah masuk dalam sistem tersebut.
“Inilah patut dikenakan denda tinggi tak semestinya RM10,000 dan ini bergantung budi bicara pegawai yang mengenakan kompaun,” katanya.


Kongsikan Artikel Ini