Bantuan RM1000 Untuk E-Dagang & Dropship – MyKasih Kapital

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah inisiatif sedia ada yang dikenali MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 penerima berkelayakan.


Suntikan Modal Perniagaan MyKasih Kapital

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata inisiatif adalah suntikan modal perniagaan contohnya dalam bidang e-dagang ataupun dropship.

Katanya, langkah itu seiring menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik COVID-19.
“Beberapa kemudahan sudah diumumkan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi melalui inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan PERMAI serta Belanjawan 2021 yang memberi faedah secara langsung kepada wanita.
“Baru-baru ini, saya juga melancarkan MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang memberi manfaat serba inklusif, dapat dirasai lebih ramai termasuklah usahawan wanita di gerai kecil, yang kini sudah berpeluang untuk memasarkan produknya dengan lebih meluas dengan bantuan teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang berlangsung secara maya di laman Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalannya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Kerajaan Menubuhkan Skuad WAJA

Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan menubuhkan Skuad WAJA yang dibentuk melalui penyertaan komuniti wanita.
“Ia akan turut memberikan sokongan psikososial dan meningkatkan kesedaran mengenai isu jenayah bagi menghentikan keganasan terhadap wanita, serta memperkasakan pengetahuan umum mengenai hak wanita,” katanya.


Kongsikan Artikel Ini