Bahaya! Ramai Ahli KWSP Melakukan Kesilapan Pindaan Amaun i-Sinar Terkini

Kongsikan Artikel Ini

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Bermula semalam, 8 Mac 2021, KWSP telah membuka portal baru untuk para ahli KWSP membuat permohonan baharu dan untuk menukar pindaan amaun permohonan i-Sinar KWSP mereka.


Rata-rata ahli KWSP mengucapkan puji syukur kerana masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan ketika melakukan pindaan amaun sewaktu awal permohonan dahulu. 





Namun sayang seribu kali sayang, walaupun sudah diberikan peluang kedua untuk membetulkan kesilapan masih terdapat lagi ahli yang tersalah melakukan pindaan amaun i-Sinar KWSP mereka.  Anda perlu faham bahawa pindaan ini cuma boleh dilakukan sekali sahaja  dan tidak ada lagi peluang kedua dan seterusnya. Melainkan KWSP membuka permohonan pindaan baharu lagi.

Kami kongsikan kepada anda yang belum buat pindaan amaun, tentang cara pindaan amaun dengan betul yang dikongsikan sendiri oleh ahli KWSP setelah bertanya kepada KWSP. Harap perkongsian ini bermanfaat bagi anda.

Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Pemohon KWSP

Contoh  Situasi

  • Amaun pengeluaran dulu: RM 5,000
  • Had Pengeluaran Yang Diluluskan: RM10,000
  • Permohonan pindaan amaun yang baharu: RM5,000

Pemohon menarik permohonan baharu sebanyak RM5,000 memandangkan permohonan dahulu pernah dibayar RM5,000. Inilah kesalahan yang dilakukan oleh pemohon kini. 

Dalam fikiran mereka, dulu pernah dibayar RM5,000 jadi pindaan amaun terkini hanya perlu keluarkan RM5,000 untuk lengkapkan permohonan dahulu. 

Pemikiran dan cara pengeluaran seperti ini adalah salah.

Sekiranya anda membuat pindaan amaun begini, anda tidak akan mendapat amaun yang baru sebanyak RM5,000 kerana anda sudah dibayar dahulu sebanyak RM5,000 oleh KWSP dulu.

Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sebetulnya?

Pindaan yang baharu tarik semaksimum mungkin sehingga RM10,000. 

Kenapa perlu tarik sampai habis? 

Anda perlu berfikiran ini adalah permohonan baharu dan tidak sama dengan sebelum ini. Jadi bila anda buat pindaan amaun semaksimum RM10,000. 

KWSP akan bayar baki RM5,000 bagi melengkapkan pembayaran i-sinar anda yang telah diterima lebih awal dahulu sebanyak RM5,000.

Cara Pindaan Amaun Yang Betul

Contoh Situasi

Had pengeluaran yang Diluluskan: RM10,000

Amaun Pilihan Terdahulu Dikeluarkan: RM8,000

Baki Pengeluaran Yang Perlu Dikeluarkan: RM2,000

Memandangkan anda mempunyai baki sebanyak RM2,000, maka anda perlu untuk tarik pindaan amaun sehingga capai RM10,000 bagi membolehkan anda mengeluarkan baki tersebut.

Jadi RM8,000 (Pengeluaran i-Sinar Dulu) + RM2,000 ( Baki Terkini) = RM10,000 Had Pengeluaran

Untuk anda mengeluarkan baki akaun RM2,000, anda perlu tarik amaun sehingga maksimum dan bukannya tarik di permohonan baharu pindaan RM2,000. 

Justeru, mana – mana ahli yang dibenarkan untuk keluarkan had pengeluaran RM10,000, jika anda ingin membuat pengeluaran penuh sebaiknya anda tarik pindaan amaun itu sehingga hujung atau sampai semaksimum mungkin.

Perkongsian Ahli KWSP Di Facebook Tentang Pengeluaran Pindaan Amaun Terkini

ss%2B2 LI

ss%2B1 LI

ss%2B3 LI

Maklumat Lanjut

Anda boleh untuk menghubungi Talian Hotline Khas i-Sinar KWSP di 03 8922 4848
  • Jam 8 pagi – 8 malam
  • Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum negeri Selangor dan Persekutuan)


Kongsikan Artikel Ini