PIN UPU BSN 2024 – Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf. Pemohon yang berminat dikehendaki membuat pembelian nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan bagi membuat permohonan.
Nombor pin UPU BSN ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.
Untuk pengetahuan umum, harga nombor pin UPU BSN pada tahun ini adalah RM15.60 sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini kecuali tiada caj/cukai dikenakan. Nombor pin UPU setiap pelajar adalah sulit dan tidak dibenarkan untuk dikongsikan sama sekali kepada orang lain.
Cara Membeli Nombor Pin UPU Di BSN Tahun 2024
Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembelian nombor pin UPU di BSN. Berikut dikongsikan panduan lengkap bagi setiap kaedah untuk panduan umum.
Harga Nombor Unik ID UPU sebelum ini adalah RM10.60. Permohonan UPU Online untuk sesi akademik 2024/ 2025 bagi lepasan SPM adalah bermula 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 dan STPM/setaraf akan dibuka bermula dari tarikh yang sama.
Untuk perhatian pemohon, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Pin UPU BSN terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:
- Pembelian Pin UPU BSN mulai 28 Februari sehingga 8 Jun 2024. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan
- Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun myBSN
- Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM10.60 sahaja
- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian
- Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.
- BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
- Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
- Senarai semak permohonan UPUonline boleh dirujuk di perbandingan mengikut lepasan
Artikel berkaitan :
- Tarikh Pengumuman Dividen KWSP Tahun 2024 : Jangkaan Dividen Setinggi 6.5%
- 10 Soalan Temuduga Kerja Yang ‘Popular’ Ditanya
Senarai Program Pengajian Untuk Pembelian Pin UPU BSN
Berikut adalah senarai program pengajian melalui permohonan UPU online yang memerlukan pelajar untuk membeli Pin UPU BSN.
- Program Lepasan SPM/ setaraf
- Program Lepasan STPM/ setaraf
- Sarjana Muda Politeknik
- Pensijilan Kemahiran Malaysia
Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX. Dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/ Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX
Kaedah Membeli Pin UPU Di BSN
Berikut dikongsikan cara-cara dalam membuat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU di seluruh cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Malaysia.
1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri (MyKad) dan wang tunai untuk membuat pembayaran.
- Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.
2. ATM (Automated Teller Machine)
Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jika pemohon tidak mempunyai kad BSN, anda juga boleh memijam daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Langkah pembelian adalah seperti berikut :
- 1. Masukkan kad ATM dan nombor PIN
- 2. Pilih Urusan : “Beli Pin”
- 3. Pilih Jenis Permohonanan : “IPTA”.
- 4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain.
- 5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
- 6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
- 7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.
4. Perbankan Internet – MyBSN
Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
- 1. Log masuk ke dalam akaun
- 2. Klik “Pin Purchase”
- 3. Pilih Organization “UPU”
- 4. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”
- 5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap
Jenis Pembelian Pin UPU BSN
Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, pin unik ID juga diperlukan untuk melibatkan urusan permohonan seperti berikut :-
- Program Matrikulasi KPM
- Melanjutkan pelajaran ke UiTM.selain melalui permohonan UPUonline
- Permohonan USM selain melalui permohonan UPUonline (seperti Diploma Kejururawatan, Saluran ALternatif, Program Pesisir dan sebagainya)
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
- Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan sebagainya)
- Permohonan Pinjaman PTPTN
Semoga perkongsian panduan cara membeli Nombor Pin UPU BSN boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan yang dihajati.
Mohon Juga :
- Jawatan Kosong Air Asia Berhad : Tarikh Tutup 19 Mac 2024
- Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : Ambilan Mac 2024
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”