Artikel ini akan kongsikan panduan lengkap cara semakan MyKasih 2025, jumlah bantuan yang diterima, jadual pembayaran terkini, dan maklumat penting lain yang anda perlu tahu.
Cara Semak Status MyKasih Melalui Portal Online
Anda boleh semak kelayakan penerima MyKasih dengan mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
Langkah 1: Layari portal rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/
Langkah 2: Pada halaman utama, klik butang “SEMAK KELAYAKAN”
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-). Contoh: 850123145678
Langkah 4: Klik butang “Semakan Status”
Langkah 5: Status kelayakan akan dipaparkan sama ada “Layak” atau “No. MyKad tidak wujud dalam sistem”
Langkah 6: Jika status menunjukkan MyKad tidak wujud dalam sistem, klik “Semak Kelayakan” untuk log masuk ke portal MySTR
Langkah 7: Klik bahagian “Semakan Permohonan” untuk lihat status bantuan SARA MyKasih anda
Semakan MyKasih Melalui Aplikasi Mobile 2025
Selain melalui portal online, anda juga boleh semak status MyKasih menggunakan aplikasi mudah alih:
Langkah 1: Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS)
Langkah 2: Selepas install, klik “Next” untuk pengenalan aplikasi
Langkah 3: Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-)
Langkah 4: Masukkan nombor telefon anda (contoh format: 123456789)
Langkah 5: Tandakan “I have read and agreed to the Terms and Conditions”
Langkah 6: Klik butang “Next” di bahagian bawah
Langkah 7: Status Bantuan SARA MyKasih anda akan dipaparkan
Jumlah Bantuan MyKasih Yang Diterima
Amaun bantuan MyKasih berbeza mengikut kategori penerima. Berikut adalah pecahan jumlah bantuan:
Penerima Miskin & Miskin Tegar:
Isi Rumah: RM2,100 setahun (RM100 dan RM200 sebulan)
Warga Emas: RM1,650 setahun (RM100 dan RM150 sebulan)
Bujang: RM600 setahun (RM50 sebulan)
Penerima Asas Bukan Miskin:
Isi Rumah: RM900 setahun (RM100 sebulan)
Warga Emas: RM450 setahun (RM50 sebulan)
Jadual Tarikh Pembayaran MyKasih 2025
Pembayaran bantuan SARA MyKasih dibuat secara berperingkat mengikut jadual berikut:
Penerima Miskin dan Miskin Tegar – Fasa Pertama:
• 15 Januari 2025
– 1 Februari 2025
– 1 Mac 2025
Penerima Miskin dan Miskin Tegar – Fasa Kedua:
• 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 (setiap bulan pada tarikh 1)
Penerima Asas Bukan Miskin:
• Bermula 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 (setiap bulan pada tarikh 1)
Hubungi MyKasih Untuk Pertanyaan
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan MyKasih, boleh hubungi pihak MyKasih melalui:
Talian Bantuan: 03 8882 4565 / 4566
Laman Bantuan: https://mykasih.com.my/contact-us/
Kesimpulan
Semakan MyKasih boleh dilakukan dengan mudah sama ada melalui portal online mahupun aplikasi mudah alih. Pastikan anda semak status kelayakan anda untuk memastikan bantuan SARA dapat diterima mengikut jadual yang ditetapkan. Bantuan ini bertujuan membantu golongan B40 dan M40 mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah.
Sumber rujukan: Portal Rasmi MyKasih