‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 KWSP dijangka akan dapat dimulakan pada April 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari 2024.
Akaun 3 itu hanya boleh dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja, dengan peratusan tertentu. Penelitian sedang dijalankan dari sudut kaedah mengenai akaun ini agar tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.
Ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat selepas banyak desakan agar dilaksanakan sekali lagi pengeluaran khas. Belanjawan 2024 yang lalu membentangkan KWSP akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum dikenali sebagai Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP).
Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai cadangan pengeluaran pasca persaraan berkala KWSP sebagai rujukan.
Artikel berkaitan : e-Pengeluaran KWSP : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024
Apakah Akaun 3 KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.
Walaubagaimanapun, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, perkara itu perlu mengambil kira tahap disiplin pencarum agar tidak berlaku kekerapan pengeluaran.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.
Tujuan Pelaksanaan Akaun 3 KWSP
Tujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan.
Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.
Syarat & Kelebihan
Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.
Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
Selain itu, Akaun_3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
Walaupun tujuan Akaun_3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.
Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.
Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.
Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.
Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.
Tarikh Pelaksanaan Akaun 3 KWSP
Akaun Fleksibel ini bakal dilaksanakan pada April 2024.
Walaubagaimanapun, mekanisme pelaksanaan cadangan ini masih diteliti dan dijangka akan diumumkan pada Februari 2024 ini.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 KWSP ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:
Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Hotline : 03-8922 6000
Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my
Anda mungkin berminat :
- Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- Sumbangan Asas Rahmah : Semakan Status & Syarat Kelayakan SARA
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”