Berita baik buat semua ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana permohonan pemindahan dibuka hari ini!
Seperti yang kita tahu, Akaun 3 ini adalah akaun baru yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan dan bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.
Artikel berkaitan : Akaun 3 KWSP : Info Penting Yang Perlu Anda Tahu
Menerusi laporan KWSP, pencarum perlu mengetahui cara-cara sebelum lakukan pemindahan dari akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Flexible).
Tapi, semua kena ingat yang pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan.
Cara-Cara Pemindahan Akaun 3 KWSP
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pemindahan akaun 3;
- Login i-Akaun.
- Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
- Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
- Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
- Klik Teruskan.
- Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
- Klik Teruskan.
- Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
- Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
- Perakuan Ahli – Klik Terima.
- Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
- Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).
Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
Pilihan pindahan amaun ini boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Apa-apa pun ahli pencarum kena ingat, tarikh akhir untuk lakukan pemindahan ini pada 31 Ogos 2024 tau!
Sumber : eCentral
Mungkin anda berminat :
- SARA : Jadual Bayaran & Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah 2024
- Jawatan Kosong Telekom Malaysia (TM) : Gaji RM4,591 – RM6,000 ~ Tutup 21 Mei 2024
- Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024 : Permohonan Online & Syarat Kelayakan
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”