Ramai Tak Tahu, Kenapa Perkataan Ribu Disingkat Kepada “K”? Ini Penjelasannya

Kongsikan Artikel Ini

Mesti ramai tak tahu, kenapa perkataan ribu disingkatkan kepada “K”? Ini Penjelasannya.

Salah satu singkatan yang sering digunakan dalam hitungan tentunya penggunaan ‘K’ sebagai ganti kepada rujukan ribu. Misalnya, RM1,000 disebut sebagai RM1k.

Chilioi, Ribu
Ramai Tak Tahu, Kenapa Perkataan Ribu Disingkat Kepada "K"? Ini Penjelasannya 6

Selain digunakan ketika menghitung wang, K juga digunakan dalam pelbagai perkara lain sepert ketika menyebut hitungan jumlah tanda suka dan tontonan sesuatu kandungan di media sosial.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan istilah tersebut, ia bukanlah satu singkatan yang janggal kerana anda sudah tahu K tersebut bermaksud ribu.

Walaupun begitu, pernah tak anda terfikir bagaimana K boleh menjadi rujukan kepada ribu? Dari mana asal-usulnya dan budaya apa pula yang mempengaruhi penggunaan simbol ini?

Ribu, Chilioi
Ramai Tak Tahu, Kenapa Perkataan Ribu Disingkat Kepada "K"? Ini Penjelasannya 7

Kenapa ribu disingkatkan kepada K? Semuanya bermula dari tamadun Greek

Dunia barat sememangnya diketahui banyak dipengaruhi oleh tamadun Yunani dan Rom, termasuklah menjadi asal-usul kepada simbol K.

Menurut News18, K dipercayai berasal perkataan dalam tamadun Greek iaitu ‘chilioi‘ yang bermaksud ‘thousand/ribu’.

Chilioi, Ribu
Ramai Tak Tahu, Kenapa Perkataan Ribu Disingkat Kepada "K"? Ini Penjelasannya 8

Bagaimanapun, chilioi dalam budaya Greek ini membawa maksud yang lebih luas iaitu merujuk kepada ‘majmuk dengan jumlah yang tidak pasti’.

Walaupun terjemahan terhampir chiloi adalah seribu, namun ia juga boleh difahami sebagai tempoh atau jangka masa yang tidak diketahui atau kesempurnaan yang menyeluruh. Ringkasnya, chiloi bukan secara literal bermaksud ribu.

Seiring peredaran zaman, perkataan chiloi ini kemudian diserap dalam kebudayaan Perancis menjadi kilo. Semasa kemunculan sistem metrik umum pula, kilo pada waktu telah diperkenalkan sebagai rujukan kepada seribu.

Baca juga : SARA 2024 : Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah

Dunia ekonomi turut menggunakan istilah ‘K’ untuk menggantikan Ribu

Menurut portal News 18 lagi, dari sini bermulanya istilah baru seperti kiloliter, kilogram, kilotonne dan lain-lain yang diciptakan bagi merujuk kepada bilangan seribu dalam hitungan masing.

Selepas sistem metrik diterima secara meluas, individu dalam bidang ekonomi mula mengikut kaedah yang sama yang menggunakan singkatan ‘K’ untuk mewakili nilai wang seribu.

Justeru itu, kita sering melihat angka-angka wang dalam gandaan seribu dilabelkan dengan huruf ‘K’, misalnya seperti ‘RM50,000’ ditulis sebagai ‘RM50K’.

Iklan permohonan jawatan kosong :

Sumber : News 18


Kongsikan Artikel Ini