Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 3 April 2024.
Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bila agaknya STR Fasa 3 pula?
Berikut dikongsikan sidang media terkini untuk makluman semua penerima STR khususnya.
Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.
Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Artikel Berkaitan : SARA 2024 : Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kaedah Pembayaran STR Fasa 3
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Artikel berkaitan :
- Semakan Status STR Fasa 3 & Jadual Bayaran 2024
- Ramai Tak Tahu, Kenapa Perkataan Ribu Disingkat Kepada “K”? Ini Penjelasannya
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”