Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 dibuka mulai 1 Jun 2024.

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran untuk bantuan dan info lanjut.

Mulai 2023, bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah ditambah kepada RM800.

Sebelum itu, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Berikut dikongsikan maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu untuk membuat semakan dan permohonan BMT.

Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran 9

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2024

Tarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 adalah bermula 1 Jun hingga 30 September 2024.

Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara online.

Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.

Rujuk cara permohonan dan syarat-syarat lanjut di bawah:

Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran 10

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  6. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
  5. Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran 11

Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)

Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.

Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.

Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran 12

Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

i) Pekebun Kecil RISDA & Individu

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan;
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif
  4. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan

ii) Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  3. Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

iii) Pekebun Kecil di bawah Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA ).

Artikel berkaitan :

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Jun hingga 30 September 2024.

Semakan Status Permohonan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan BMT berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara berperingkat, terus ke akaun penerima.

Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran 13

Tarikh Bayaran BMT 2024

Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan bagi tahun 2024 dan 2025 seperti berikut:

  • November / Disember – RM400
  • Januari – RM200
  • Februari – RM200

Kaedah Penerimaan Bantuan

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Permohonan Gagal

Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran 14

Kongsikan Artikel Ini