Penyata bank adalah salah satu bentuk penyata yang bertujuan untuk menyemak pengaliran duit dan menyemak jumlah duit dalam akaun anda. Ia akan memberikan kenyataan tentang keluar masuk duit daripada akaun bank anda.
Penyata bank ini juga sangat diperlukan terutamanya bagi anda yang ingin memohon bantuan kerajaan seperti i-sinar kategori 2 dan pelbagai jenis bantuan lain yang memerlukan Terdapat beberapa fungsi penyata bank ini seperti menyemak transaksi perbankan dan juga membantu untuk mengawal aktiviti akaun bank dengan lebih efisyen.
Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya anda boleh untuk mendapatkan penyata bank ada melalui mesin atm selain daripada mendapatkannya di kaunter bank terdekat anda.
Kami kongsikan kepada anda cara mendapatkan penyata bank melalui mesin atm di beberapa bank di Malaysia:
Cara dapatkan penyata bank di beberapa jenis bank di Malaysia
ATM Maybank
- Masukkan kad Bank anda pada slot atau ruangan yang disediakan.
- Pilih Bahasa yang anda inginkan pada skrin.
- Masukkan nombor PIN anda dengan menggunakan keypad yang disediakan.
- Pada menu utama, anda perlu pilih Lain-Lain Urusniaga.
- Seterusnya klik pada Lain-Lain Perkhidmatan.
- Pada menu berikutnya tekan dan klik pada Penyata Ringkas.
- Setelah itu mini bank statement anda akan dicetak oleh mesin ATM Maybank.
- Selesai.
ATM CIMB
- Masukkan kad CIMB Bank anda ke dalam ruangan yang disediakan.
- Pilih Bahasa yang anda ingin gunakan.
- Masukkan nombor PIN anda untuk meneruskan transaksi.
- Klik pada Perkhidmatan Penyata.
- Klik pada Penyata Mini.
- Kemudian klik pada Cetakan untuk mendapatkan penyata bank anda.
- RM0.50 akan ditolak daripada bank anda sebagai caj untuk mendapatkan bank statement anda.
ATM Bank Islam
- Masukkan kad Bank Islam dan tunggu untuk kad anda disahkan.
- Pilih Bahasa anda.
- Kemudian masukkan nombor PIN anda dan klik Teruskan.
- Pada paparan berikutnya klik pada Bank Islam.
- Seteusnya klik Khidmat Penyata.
- Pilih Penyata Mini untuk meneruskan transaksi.
- Klik Cetak dan selesai sudah urusan anda.
ATM Bank BSN
- Masukkan kad Bank BSN anda dan tunggu kad anda disahkan oleh mesin ATM.
- Pilih Bahasa yang anda inginkan dan masukkan nombor PIN anda.
- Kemudian klik pada Penukaran Pin / Urusan Lain.
- Seterusnya klik pada Penyata Mini dan RM0.50 akan dicaj sebagai caj bayaran.
- Penyata bank anda akan dicetak dan selesai sudah urusan anda.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.