Personel MyStep – Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan menawarkan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Sukacita dimaklumkan bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs!
Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2024.
Pengenalan Personel MySTEP
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.
Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.
Bagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.
Melihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif ini diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023.
Pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.
Kerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.
Berkuatkuasa mulai tahun 2024, permohonan MySTEP dilaksanakan sepenuhnya melalui MYFutureJobs.
Daftar MYFutureJobs dan mohon jawatan MyStep di Kementerian dan Agensi Kerajaan seluruh Malaysia.
Senarai Penuh Jawatan Kosong Personel MyStep Tahun 2024
Di sini kami kumpulkan senarai jawatan Personel Mystep di seluruh Malaysia. Sumber adalah pelbagai. Selain mystep, kami akan kumpulkan juga Internship dan Pekerja Sambilan Harian (jika ada).
*Perhatian : Sila klik pada senarai jawatan kosong atau nama jabatan di bawah untuk mohon. Bagi pengguna mobile sekiranya paparan di atas tidak penuh, sila swipe table di atas ke kiri untuk melihat paparan penuh.
**Jika semasa anda klik pada link di bawah, (contoh sumber adalah daripada myfuturejobs, tetapi tidak dapat masuk, korang hanya perlu masuk ke website candidates.myfuturejobs.gov.my dan masukkan kata kunci/search nama syarikat atau jabatan yang korang ingin mohon. (maaf atas kesulitan)
Nama Syarikat / Jabatan | Nama Jawatan | Tarikh Tutup |
PEJABAT KPDN MELAKA | PERSONEL MySTEP SETARA SPM (SEKSYEN PPDN-JR) | 17 JULAI 2024 |
TOURISM MALAYSIA | PERSONEL MYSTEP (KELAYAKAN DIPLOMA)(KLIA, JOHOR, PENANG & KEDAH) | 19 JULAI 2024 |
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA | PEGAWAI EKSEKUTIF (PERSONEL MySTEP / N29) UITM | 09 OGOS 2024 |
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI | PEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP (BAHAGIAN PENTADBIRAN) & PEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP N41 (SKPI) | 17 & 20 JULAI 2024 |
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA | PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 | 15 JULAI 2024 |
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) | PEMBANTU TADBIR (PERSONEL MySTEP) | 23 JULAI 2024 |
JABATAN AUDIT NEGARA | PEGAWAI TADBIR (PEREKA), JURUGAMBAR | 18 & 19 JULAI 2024 |
MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN) | PEMBANTU AWAM (MySTEP) | 15 JULAI 2024 |
JABATAN KERJA RAYA (JKR) | PELUKIS PELAN (MySTEP) | 29 JULAI 2024 |
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM | PERSONEL MYSTEP (LEPASAN DIPLOMA) | 31 JULAI 2024 |
PEJABAT PEMBANGUNAN UNIT PERLIS | PERSONAL MYSTEP (PEMBANCI, PEMBANTU TEKNOLOGI MAKLUMAT, PENOLONG JURUTERA) | 17 JULAI 2024 |
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI | PEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP N41 (SKPI, BAHAGIAN PENTADBIRAN, MTPN) | 20 JULAI 2024 |
PEJABAT SETIAUSAHA SELANGOR | PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MySTEP) JAPESS, PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ( MySTEP) & PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MySTEP) | 02 – 09 OGOS 2024 |
JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (MAQIS) | MYSTEP | 08 OGOS 2024 |
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA | MySTEP E29 BAHAGIAN INTEGRASI DAN PENGURUSAN DATA, DOSM | 08 OGOS 2024 |
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) | PERSONEL MySTEP (16 KEKOSONGAN) | 08 OGOS 2024 |
MAHKAMAH NEGERI KELANTAN | JURUBAHASA | 15 JULAI 2024 |
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA | MySTEP PK LEMBAH PANTAI – UNIT VEKTOR & MySTEP (PKLP) PEMBANTU TADBIR (P/O) | 20 JULAI 2024 |
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA | PERSONEL MySTEP | 02 OGOS 2024 |
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR | PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ( MYSTEP), PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MYSTEP) | 02 OGOS 2024 |
INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH) | PERSONEL MySTEP | 02 OGOS 2024 |
Mohon Juga :
- Jawatan Kosong Air Asia Berhad : Pelbagai Jawatan Dibuka ~ Tutup 10 Ogos 2024
- Jawatan Kosong Techno Mech (M) Sdn Bhd : Gaji RM2,000 – RM2,500
- Jawatan Kosong MARA : Pelbagai Jawatan Dibuka ~ Tutup 31 Julai 2024
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”