Kerajaan melalui skim bantuan kebajikan memperkenalkan Bantuan Kanak Kanak (BKK) dengan kadar minimum RM150 sehingga RM1000 sebulan.
Salah satu tujuan utamanya adalah untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Permohonan Bantuan Kanak Kanak kini dibuka untuk permohonan sepanjang tahun 2024 di seluruh negara. Berikut dikongsikan kaedah dan cara permohonan baru.
Permohonan Bantuan Kanak Kanak RM1000
Bantuan Kanak Kanak adalah satu inisiatif kewangan yang tersedia dalam Belanjawan 2024, dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan ini ditujukan kepada keluarga atau penjaga yang menjaga anak-anak, atau bagi membantu kanak-kanak yang kehilangan penjaga.
Matlamatnya bertujuan memastikan kestabilan kehidupan kanak-kanak dalam keluarga mereka dan memastikan pertumbuhan serta perkembangan mereka tidak terjejas.
Baca Juga :
- Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Fasa 3
- Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan : Semak Status & Tarikh Bayaran
Kadar Bayaran Bantuan Kanak Kanak
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan Kanak Kanak :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; - Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
tamat menengah atas;
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Mohon Bantuan Kanak Kanak
Berikut adalah cara permohonan Bantuan Kanak Kanak :
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada)
- dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak JKM melalui
Aduan : [email protected]
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.