Sebenarnya rakyat Malaysia memiliki peluang untuk mendapatkan bantuan kerajaan yang lain selain sekadar STR. Portal Manfaat yang disediakan ini adalah jawapannya.
Tahukah anda, kerajaan Malaysia melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukan RM395 bilion dalam Belanjawan 2024. Jumlah ini adalah yang terbesar dalam sejarah belanjawan negara.
Justeru, sebenarnya anda perlu sedar dan cakna akan hak yang selayaknya anda perolehi dalam instrumen yang terkandung dalam Belanjawan 2024. Entri kali ini, kami di Mingguan Kerja kongsikan kaedah menggunakan portal ini.
Baca Juga : Kadar Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos Tahun 2024
Pengenalan Portal Manfaat
Portal Manfaat ini adalah sebuah inisiatif oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Portal sehenti ini berfungsi dalam memberikan serta memudahkan akses rakyat kepada informasi terkini berkaitan inisiatif merentasi pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan secara terangkum dan efisien.
Anda dapat mengakses informasi mengenai skim bantuan dan sokongan yang bersesuaian dengan profil anda, dan seterusnya mengemukakan permohonan secara atas talian.
Segalanya di hujung jari dan boleh dilakukan pada bila – bila masa!
Cara Menggunakan Portal Manfaat
Berikut dikongsikan kaedah menggunakan Portal Manfaat:
- Layari laman web https://manfaat.mof.gov.my/
- Klik ‘Mula Di Sini’
- Di halaman Pelancar Carian, klik ‘Teruskan’
- Pilih kategori anda:
- Individu dan Keluarga
- Perniagaan dan Majikan
- Komuniti
- Isi Maklumat Asas (Tahun lahir, jantina, status bekerja, dll)
- Klik ‘Hasil Carian’
Seterusnya, Portal ini akan memaparkan senarai bantuan dan inisiatif yang layak anda perolehi sepanjang Tahun 2024/ 2025! Menarik kan?
Jangan lupa kongsikan dengan rakan dan keluarga, semoga bermanfaat!
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.