Gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri di Malaysia 2024

Kongsikan Artikel Ini

Pernahkah anda terfikir berapa sebenarnya gaji Perdana Menteri dan Ketua Menteri di Malaysia? Selain daripada gaji, ketua eksekutif persekutuan dan negeri juga menerima pelbagai bentuk imbuhan/ elaun.

Tidak salah jika rakyat Malaysia ingin mengetahui gaji pemimpin memandangkan pemimpin tersebut dipilih dan dinaikkan oleh rakyat melalui pilihanraya.

Memahami data sebegini mampu untuk mencambah pemikiran dan ilmu baharu bagi rakyat Malaysia dalam pengetahuan am.

Bagaimana Gaji Perdana Menteri & Ketua Menteri Ditentukan

Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang terdiri dari pelbagai negeri, justeru Parlimen dan Dewan Undangan Negeri memiliki bidang kuasa mereka sendiri dalam menentukan gaji jemaah menteri atau exco kerajaan negeri.

Justeru, Parlimen meluluskan undang-undang yang menetapkan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri manakala Dewan Undangan Negeri menetapkan gaji Ketua Menteri/ Menteri Besar dan exco kerajaan negeri.

Baca Juga : Portal Manfaat – Rupanya banyak bantuan boleh dimohon selain STR!

Gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri di Malaysia 2024

Berikut adalah gaji Perdana Menteri dan Ketua Menteri di Malaysia:

  • Perdana Menteri Malaysia – RM22,826
  • Premier Sarawak – RM39,000
  • Ketua Menteri Sabah – RM33,033
  • Menteri Besar Terengganu – RM30,000
  • Menteri Besar Pahang – RM30,000
  • Menteri Besar Selangor – RM25,000
  • Menteri Besar Perak – RM25,000
  • Menteri Besar Kedah – RM22,000
  • Menteri Besar Kelantan – RM20,000
  • Menteri Besar Perlis – RM20,000
  • Menteri Besar Negeri Sembilan – RM19,175
  • Ketua Menteri Melaka – RM18,000
  • Menteri Besar Johor – RM14,907
  • Ketua Menteri Pulau Pinang – RM14,175
Ranking gaji perdana menteri dan ketua menteri
Gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri di Malaysia 2024 6

Rekod tersebut menunjukkan bahawa gaji Premier Sarawak adalah yang tertinggi bagi ketua eksekutif di Malaysia, iaitu 71 peratus lebih tinggi berbanding gaji seorang Perdana Menteri.

Gaji Ketua Menteri Sabah pula adalah kedua tertinggi, iaitu 45 peratus lebih tinggi berbanding PM. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang menerima gaji terendah dalam kalangan ketua eksekutif di Malaysia, iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding PM.

Tahukah anda? Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu satunya Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji.

Perkara tersebut adalah sebagai mesej bahawa pemimpin nombor 1 negara itu serius dalam usaha meningkatkan mutu hidup rakyat sekaligus perkembangan ekonomi nasional.

Baca Juga : Gaji Penjawat Awam Dinaikkan Bermula 1 Disember 2024

Jadual Gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri, Exco, Speaker, MP/ ADUN

Berikut dikongsikan infografik jadual gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri, Exco, Speaker dan Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri:

Gaji perdana menteri ketua menteri exco speaker ahli parlimen
Infografik ini diterbitkan oleh Kini News Lab (Malaysiakini)

Adakah pendapatan mereka sekadar dari gaji bulanan?

Timbul persoalan adakah Perdana Menteri dan Ketua Menteri hanya menerima gaji bulanan sahaja? Jawapannya tidak. Selain daripada gaji seperti tertera di atas, ketua-ketua eksekutif ini layak menerima elaun bulanan.

Elaun bulanan tersebut merangkumi elaun sebagai Ahli Parlimen/ ADUN serta elaun lain seperti elaun perjalanan, elaun keraian, elaun hiburan dan pelbagai keistimewaan lain seperti kediaman rasmi.

Berikut dikongsikan infografik elaun Menteri Besar Selangor sebagai rujukan:

Elaun menteri besar selangor 1
Infografik ini diterbitkan oleh Kini News Lab (Malaysiakini)

Rujukan : Malaysiakini, Harianmetro


Kongsikan Artikel Ini