Beberapa minggu lagi, musim persekolahan akan bermula. Apakah kaedah yang akan digunakan dan diaplikasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kali ini? Persoalan ini hangat dimainkan dalam kalangan guru-guru, ibu-bapa mahupun para pelajar di seluruh negara.
Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM serta semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.
Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana
Semua guru hendaklah kembali ke stesen bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Kehadiran guru ke sekolah pula adalah seperti berikut:
- Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan
- Guru yang terlibat dengan pengurusan peperiksaan
- Guru lain yang diarahkan hadir bertugas oleh Ketua Jabatan
Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru
Kehadiran pensyarah untuk kembali bertugas di Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan (KJ). Berikut merupakan butiran keberadaan pelajar kolej matrikulasi:-
- Pelajar kekal berada di kolej.
- Sesi PdP secara ‘hibrid’ di kolej.
Institusi Pendidikan Swasta
PdP secara bersemuka di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja. Tadika swasta yang berdaftar dibawah KPM di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan boleh terus beroperasi secara bersemuka.
Institusi Pendidikan Swasta lain tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka. Pengoperasian IPS adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.
Soalan Berkenaan Penggunaan Buku Teks
Pengurusan buku teks akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dan institusi masing-masing. Pihak sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai urusan ini.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.