Laungan “Ya Allah” pada rakaman suara nahas pesawat Elmina

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM – Transkrip rakaman suara nahas pesawat Elmina telah didedahkan melalui laporan akhir siasatan membabitkan pesawat terhempas di Elmina yang telah mengorbankan 10 jiwa tahun lepas. Antara transkrip rakaman suara tersebut turut mendedahkan laungan “Ya Allah” sejurus sebelum tragedi.

Melalui rakaman suara dengan durasi sekitar 26 minit itu turut merekodkan suara yang dikenal pasti sebagai pembantu juruterbang seraya menyebut ‘lift dump unlock, handle illuminated’ ketika proses pendaratan.

Rakaman suara nahas pesawat elmina
Laungan "Ya Allah" pada rakaman suara nahas pesawat Elmina 5

Selepas itu, transkrip rakaman suara menyatakan terdapat bunyi amaran ekoran pengaktifan ‘lift dump’ sekitar 1 setengah saat sebelum suara panik kedengaran dipercayai daripada juruterbang utama pesawat.

Berikut dikongsikan salah satu ayat yang terkandung dalam transkrip rakaman suara tersebut.

Baca Juga : “Aiman minta maaf silap salah”.. screenshot sedih perbualan penumpang MH2664

Rakaman suara nahas pesawat Elmina

  • “Woah woah woah woah woah woah woah woah. what’s going on? (apa yang sedang berlaku?),”
  • Juruterbang: “Ya ALLAH. [jeritan]
  • Pembantu Juruterbang: “Ya ALLAH. Ya ALLAH. Ya ALLAH. [jeritan]
2768639
Butiran rakaman suara nahas pesawat Elmina

Butiran rakaman tersebut dikeluarkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) pada 16 Ogos 2024.

Baca Juga : SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024


Kongsikan Artikel Ini