Tahukah anda skim i-Sinar KWSP bagi kategori 1 telahpun dibuka pada 21 Disember 2020 yang lalu? Bagi anda yang tidak melepasi syarat i-Sinar kategori 1, anda boleh untuk membuat permohonan kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari 2021 ini.
Justeru itu, anda dinasihatkan untuk tidak mengisi skim i-Sinar dengan kelam kabut dan tergesa-gesa kerana permohonan ini akan dibuka selama 6 bulan.
Pihak KWSP telah berkongsi maklumat melalui lama media sosialnya bahawa permohonan i-Sinar ini akan dibuka sehingga 30 Jun 2021. Oleh itu, anda mempunyai masa untuk meneliti segala syarat dan kriteria terlbih dahulu, sebelum anda memohon dan melakukan kesilapan semasa membuat permohonan ini.
Kami di Mingguankerja akan berkongsi kepada anda beberapa maklumat berkaitan skim i-Sinar yang perlu anda ketahui.
SYARAT KELAYAKAN i-SINAR KATEGORI 1
Terdapat beberapa syarat kelayakan permohonan i-Sinar kategori 1 yang perlu anda ketahui. Antara mereka yang layak memohon termasuklah ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria bagi kategori 1 satu adalah;
● Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
● Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
SEMAKAN PERMOHONAN
Kepada ahli yang telah membuat permohonan pada 21 Disember, anda boleh membuat semakan bermula hari ini 4 Januari 2021.
Untuk Semakan Permohonan: Klik Di Sini
TALIAN HOTLINE
KWSP juga telah membuka talian HOTLINE kepada pemohon yang ingin bertanyakan soalan.
Untuk pengetahuan anda, permohonan i-Sinar hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Anda tidak perlu pergi ke pejabat KWSP untuk memohon, harap maklum.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.