i-Sinar: Cara Semakan Status KWSP Kategori 1 (Akaun 1) Januari 2021 ~ Pengeluaran Rm10,000

Kongsikan Artikel Ini

Tahukah anda? KWSP telah pun berkongsi maklumat terkini berkenaan pengeluaran i-Sinar kategori 1 KWSP?



Bermula hari ini, 4 Januari 2021, anda boleh untuk menyemak status pengeluaran i-Sinar anda melalui portal rasmi isinar.kwsp.gov.my.

Sekiranya permohonan anda tidak lulus bagi kategori 1, anda boleh untuk membuat permohonan kategori 2 bermula pada 11 Januari 2021 nanti. 
Pencarum KWSP sebenarnya boleh untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga sehingga RM60,000 mengikut syarat dan juga kriteria yang telah pun ditetapkan. 
Sebanyak RM70 billion peruntukan dikeluarkan bagi memudahkan pengeluaran i-Sinar ini bagi pencarum KWSP

Kemudahan i-Sinar ini akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula daripada tarikh pertama pengkreditan.
Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Sinar
Bagi kategori 1, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Untuk kategori 2, syarat kelayakan untuk kategori ini adalah pencarum perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu:
  • Slip gaji sebelum atau selepas pengurangan pendapatan.
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.
Kadar Pengeluaran i-Sinar KWSP
Umumnya, akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kemudahan i-Sinar ini terbahagi kepada dua kriteria iaitu:
  • Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000.
  • Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.

Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.

Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.

Contoh Pengeluaran iSinar

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, sila rujuk jadual dibawah mengenai contoh berikut:
  1. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah
Baki Akaun 1  Pendahuluan Bulan Pertama         Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM4,500         Sehingga RM4,400                               RM4,400
RM10,000       Sehingga RM5,000                               RM10,000
RM70,000       Sehingga RM5,000                               RM10,000
2. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM100,000 ke atas:

Baki Akaun 1  Pendahuluan Bulan Pertama         Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
RM100,000     Sehingga RM10,000                             RM10,000
RM500,000     Sehingga RM10,000                             RM50,000
RM800,000     Sehingga RM10,000                             RM60,000

Prosedur Memohon
Bagi kategori 1, pemohon boleh membuat permohonan i-Sinar seperti berikut:
  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
  2. Tiada dokumen sokongan diperlukan.
  3. Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP.
  4. Pembayaran akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.
pengeluaran isinar


Bagi kategori 2, permohonan i-Sinar boleh dibuat seperti berikut:
  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
  2. Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 ke 3 minggu selepas pembayaran dibuat.
  3. Pembayaran akan dijalankan sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan.
permohonan isinar


Semakan Status Pengeluaran
Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
  1. Layari portal web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Sila cari butang SEMAK STATUS
  3. Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Sumber:Semakanonline.com

Kongsikan Artikel Ini