Pengumuman rasmi dividen ASB 2020 telah pun diumumkan oleh PNB pada Rabu, 23 Disember 2020, iaitu hari ini. Justeru, kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.
Dalam artikel ini, akan dikongsikan cara-cara pengiraan dividen, bonus dan zakat ASB sebagai rujukan anda.
Tahukah anda dividen ini boleh dikeluarkan secara online melalui portal myASNB tanpa perlu untuk beratur panjang di pejabat pos dan bank.
Anda boleh untuk menonton pengumuman dividen ASB secara langsung melalui page rasmi Amanah Saham Nasional Berhad.
Dividen ASB 2020 telah pun diumumkan seperti berikut:
Bagi tahun 2019, pengagihan dividen ASB adalah sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit membabitkan pengagihan RM9 bilion.
Mari kita lihat sejarah pengagihan pendapatan dividen dan bonus ASB tahun-tahun sebelum ini:
- 2018 — 6.5 + 0.5 sen / unit
- 2017 — 7.0 + 1.25 sen / unit
- 2016 — 6.75 + 0.5 sen / unit
- 2015 — 7.25 + 0.5 sen / unit
- 2014 — 7.5 + 1.0 sen / unit
- 2013 — 7.7 + 1.0 sen / unit
- 2012 — 7.75 + 1.15 sen / unit
Bagaimana pula dividen ASB 2020?
Ramai yang menjangkakan penurunan dividen berikutan prestasi ekonomi dan saham yang suram di Malaysia dalam tempoh setahun ini.
Namun berdasarkan rekod sepanjang lima tahun lalu, walaupun KLCI memberikan pulangan negatif, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun.
Pengiraan Dividen ASB 2020
Berikut dikongsikan cara pengiraan dividen ASB terkini.
Pengiraan di bawah berdasarkan dividen ASB 2017 di mana pengagihan pendapatan 7 sen + 0.25 sen bonus + 1.0 sen bonus ulang tahun PNB (terhad 10,000 unit pertama sahaja).
Agihan dividen biasanya dikreditkan ke akaun pelabur pada Januari tahun berikutnya.
Cara pengiraan dividen ASB adalah seperti berikut:
- Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
- BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
- BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
- Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh
Maknanya bagi purata BMB 12-Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bersamaan RM825.
Manakala bagi purata BMB 12-Bulan selepas 10,000 unit pertama, maka layak menerima agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit.
Contoh pengiraan adalah seperti berikut:
Jika Ali ada ASBF 200K maka jumlah Dividen ASB 2017 beliau:
= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500
Bonus Ulang Tahun ASB
= 10,000 unit pertama (tunai/sijil asbf) x 1.00%
= 10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100
Maka secara tak langsung, sejumlah RM14,600 akan dikredit kedalam Akaun ASB Ali.
= (Dividen + Bonus) + Bonus Ulang Tahun
= RM14,500 + RM100
= RM14,600
Ali boleh mengemaskini penyata Simpanan Unit Amanah beliau untuk akaun ASB melalui MyASNB yang dibuat melalui sistem atas talian.
Pengiraan Zakat ASB
Zakat diwajibkan ke atas pelaburan di ASB.
Ini adalah bersesuaian dengan kaedah fiqh dalam ibadah zakat yang berbunyi “كل مال نام فهو وعاء للزكاة” yang bermaksud “Setiap harta yang berkembang adalah sumber untuk zakat”.
Pelaburan yang dibuat di ASB, adalah bertujuan untuk mengembangkan harta dan mendapat pulangan berupa keuntungan yang diperolehi menerusi dividen, bonus dan pendapatan ASB setiap tahun.
Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5%.
Situasi #1 – Pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri
Bagi situasi ini pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi. Formulanya adalah seperti berikut:
- [Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen @ Pendapatan ASB] x 2.5% (Kadar Zakat)
Contoh (i):
RM 200,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 14,600 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama)
= RM 214,600 x 2.5%
= RM 5,365
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 5,365
Contoh (ii):
RM 15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 1,187.50 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama)
= RM 16,187.50 x 2.5%
= RM 404.68
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 405 (setelah dibundarkan).
Situasi #2 – Pelaburan dibuat dengan fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank
Bagi situasi ini, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Adapun bagi modal pelaburan, tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan. Formula kiraan adalah seperti berikut:
- Dividen @ Pendapatan ASB x 2.5%
Contoh kaedah kiraan seterusnya cuba meraikan beberapa bentuk kaedah pelaburan yang lazimnya diamalkan oleh para pelabur ASB dengan menggunakan fasiliti pembiayaan ASB.
Kes 1: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.
Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
(Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama dari RM 200,000 = RM 14,600
= RM 14,600 x 2.5%
= RM 365
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 365
Contoh (ii):
Modal Pelaburan RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% dari RM 50,000 + 1% dari 10,000 unit pertama = RM 3,725
= RM 3,725 x 2.5%
= RM 93.12
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 93
Dalam contoh (ii), nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2017 iaitu RM 14,083. Mengapa dikenakan zakat juga? Hal ini memerlukan sedikit perincian. Dalam contoh (ii) di atas, pendapatan dari ASB itu dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan. Maka kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan harta-harta lain yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.
Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai harta-harta lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat *TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi.
Kes 2: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.
Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.
Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
(Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama) = RM 14,600
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 14,600 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM 1,412
= RM 1,412 x 2.5%
= RM 35.30
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 35.30. Situasi kenaan zakat ini adalah sama seperti contoh (ii) dalam Kes 1 di atas.
Contoh (ii):
Modal Pelaburan Maksimum RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen @ Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% dari RM 50,000 + 1% dari 10,000 unit pertama = RM 3,725
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama 15 tahun)
= RM 401 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 4,812
= RM 3,725 (dividen/pendapatan ASB) – RM 4,812 (bayaran semula pembiayaan)
= (-) RM 1,087
Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Juga tidak dikenakan zakat jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.
Situasi #3 – Perolehan selepas penyerahan semula sijil pembiayaan pelaburan ASB
Sebahagian pelabur menggunakan kaedah membuat pembiayaan pelaburan ASB dan dalam tempoh tertentu membuat penyerahan semula sijil (surrender) dan menyelesaikan bayaran baki pembiayaan untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan.
Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan.
Contoh (i) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:
[Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5%
[RM 22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM 200,000) + RM 14,600 (dividen tahun semasa ASB)] = RM 36,602.61
= RM 36, 602.61 x 2.5%
= RM 915.06
Zakat dikenakan adalah RM 915
Contoh (ii) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun.
[RM 200,000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM 14,600 (nilai dividen semasa ASB)] = RM 214,600
= RM 214,600 x 2.5%
= RM 5,365
Zakat dikenakan adalah sebanyak RM 5,365
Semoga perkongsian artikel ini akan memberi manfaat kepada anda semua untuk mengetahui informasi terkini berkenaan dividen, bonus dan zakat ASB yang perlu anda tahu.
Sumber: Disunting dari blogh Jomurusduit.com dan Semakanonline.com
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.