Cara Permohonan Baharu i-SINAR KWSP Secara Online

Kongsikan Artikel Ini

Cara%2BMohon%2BISINAR%2BOnline

Telegram%2BJawatanKosong11%2B%25282%2529

Berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia, permohonan baharu i-Sinar bagi kategori 1 telah dibuka secara rasmi bermula 21 Disember 2020.

i-Sinar merupakan sebuah inisiatif yang telah diumumkan kerajaan dalam usaha mendepani pandemik Covid-19 bagi Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis ini agar dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

  • Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  • Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
  • Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

i-Sinar membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 bagi yang mempunyai simpanan RM100,000 dan proses permohonan dibuat secara berperingkat dan terbahagi kepada 2 Kategori kelayakan.


ISINAR%2BTERKINI

Syarat Permohonan i-Sinar KATEGORI 1

Apakah kriteria permohonan i-Sinar bagi golongan dalam Kategori 1?

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Ahli sudah lama tidak mencarum
  • Ahli seorang suri rumah
  • Ahli bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Ahli hilang pekerjaan
  • Ahli diberi cuti tanpa gaji
  • Ahli hilang sumber pendapatan

Tiada sebarang dokumen perlu disertakan bersama permohonan.

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
ISINAR%2BTERKINI%2B1

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi Kategori 1 adalah mulai 21 Disember 2020Tempoh permohonan akan dibuka selama 6 bulan.


Cara Permohonan Online i-Sinar Kategori 1




Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut

  1. Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
  5. Tetapkan AMAUN PILIHAN
  6. Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
  7. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
  8. Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
  9. Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
  10. Permohonan anda diterima dan akan diproses.
image


NOTA:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan adalah automatik berdasarkan data dalaman KWSP
  • Ahli hanya perlu mohon secara online melalui isinar.kwsp.gov.my
  • Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan



Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut

bayaran i sinar
Cara Pembayaran Dibuat

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Kongsikan Artikel Ini