Cara Membuat Janji Temu Online Kaunter Perkhidmatan KWSP ~ Antara Perkara Wajib Anda Tahu

Kongsikan Artikel Ini


Telegram%2BJawatanKosong11%2B%25282%2529

Tahukah anda bermula pada 1 Julai 2020 yang lalu, untuk berurusan di Kaunter Perkhidmatan KWSP, anda perlu untuk membuat permohonan secara online terlebih dahulu sebelum berurusan di kaunter KWSP. KWSP menggunakan konsep janji temu untuk berurusan.






Justeru itu, hanya ahli yang sudah membuat temujanji atau appointment sahaja yang dibenarkan dan dapat untuk berurusan di bahagian perkhidmatan kaunter KWSP.

Oleh itu, kami di Mingguankerja akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat temujanji secara online sebelum anda berurusan di kaunter KWSP.
Cara Panduan Membuat Janji Temu KWSP

Sebenarnya, permohonan jani temu boleh dibuat melalui 2 cara. Antaranya seperti berikut:

Cara 1
janji%2Btemu%2Bkwsp
Cara 2

Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan dan membuat janji temu online anda. 

Saranan KWSP Yang Perlu Anda Tahu Sewaktu Berurusan di Kaunter
  • Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
  • Ahli disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan langkah untuk membasmi COVID-19 seperti menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
  • Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar 
  • (check-in) dengan mengimbas QR code menggunakan aplikasi MySejahtera
Waktu Operasi Kaunter KWSP

1. Kaunter
  • 8:30 pagi sehingga 4:30 petang pada hari bekerja sahaja.
2. Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
  • 9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada hari bekerj sahaja.
Nota Tambahan:  Anda mesti buat Temujanji Selewat-Lewatnya 1 Jam Sebelum berurusan di Kaunter KWSP.

Anda boleh untuk membuat permohonan janji temu seawal 30 hari sebelum waktu berurusan atau selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa temu janji. 

Tapi anda perlu tahu, janji temu ini bergantung kepada slot kekosongan pada tarikh dan waktu yang anda mohon.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda berurusan di kaunter perkhidmatan KWSP. 

Kongsikan Artikel Ini