Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024

Kongsikan Artikel Ini

ELAUN SSPA 2024 – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan, bermula pada 1 Disember 2024, Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Semua penjawat awam diberi pilihan untuk terus berada di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau beralih kepada Sistem SAraan Perkhidmatan Awam Malaysia (SSPA) dalam tempoh 40 hari, dari 21 Oktiber 2024 hingga 30 November 2024..

Berkaitan : SSPA: Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Pengenalan

Elaun SSPA (Skim Saraan Perkhidmatan Awam) merupakan salah satu insentif yang diberikan kepada penjawat awam di Malaysia.

Ia bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kesejahteraan golongan ini dalam menjalankan tugas mereka.

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pula adalah sistem yang digunakan di Malaysia untuk mengelola dan memproses maklumat berkaitan gaji, elaun, dan saraan bagi penjawat awam.

Sistem ini bertujuan untuk memastikan pengiraan saraan yang tepat, memudahkan pengurusan data perkhidmatan awam, serta meningkatkan efisiensi dalam pengurusan sumber manusia di sektor awam.

SSPA juga membantu dalam pelaporan dan analisis data berkaitan perkhidmatan awam.

Prinsip Elaun SSPA

Elaun SSPA berlandaskan beberapa prinsip utama yang menjadi tunjang kepada keberkesanannya:

  • Prinsip tidak sejagat (non-universal) membenarkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu, berdasarkan keunikan tugas fungsional yang dilaksanakan.
  • Prinsip tidak biasa (non-regular) menetapkan bahawa elaun hanya akan diberikan dalam keadaan tertentu, bergantung kepada tugas yang dilaksanakan secara luar biasa oleh sesebuah perkhidmatan, kumpulan, atau gred jawatan.
  • Prinsip tidak kekal (non-permanent) menetapkan elaun dibayar secara sementara dan boleh ditarik balik atau dihentikan pada bila-bila masa, termasuk apabila tempoh kelulusan berakhir.
  • Prinsip kesaksamaan (fairness) menjamin bahawa pemberian elaun dilakukan secara adil dan tidak terhad kepada perkhidmatan, kumpulan, atau gred jawatan tertentu sahaja. Elaun yang ada boleh diperluas kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan, atau gred jawatan lain yang melaksanakan tugas yang memenuhi syarat untuk pemberian elaun tersebut.

Jenis-Jenis Elaun SSPA

Elaun SSPA terdiri daripada beberapa jenis yang bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan penjawat awam. Berikut beberapa jenis elaun dalam perkhidmatan awam seperti berikut:

  1. Imbuhan tetap yang diberi berdasarkan kriteria sara hidup
  2. Elaun diberi berdasarkan kriteria tanggungjawab tambahan
  3. Bayaran insentif diberi berdasarkan kriteria kelayakan dan penempatan
  4. Bayaran balik yang diberi berdasarkan kriteria bayaran balik perbelanjaan

Syarat-Syarat Kelayakan Elaun SSPA

Setiap penjawat awam yang ingin memohon elaun SSPA mesti memenuhi syarat kelayakan tertentu.

Syarat-syarat ini bertujuan untuk memastikan bahawa elaun yang diberikan adalah berpatutan dan relevan. Antara syarat kelayakan umum yang perlu dipatuhi adalah:

  1. Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji);
  2. Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji);
  3. Menghadiri kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang berlangsung lebih dari 92 hari berturut-turut, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan, dan Hari Kelepasan Am;
  4. Cuti Rehat yang berlangsung lebih dari 28 hari berturut-turut, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan, dan Hari Kelepasan Am;
  5. Cuti lain selain Cuti Rehat yang berlangsung lebih dari 28 hari berturut-turut, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan, dan Hari Kelepasan Am;
  6. Gabungan mana-mana jenis cuti yang berlangsung lebih dari 28 hari berturut-turut, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan, dan Hari Kelepasan Am, serta hari-hari tidak hadir kerja tanpa kebenaran;
  7. Melaksanakan tugas rasmi selain daripada tugas utama atas arahan Ketua Jabatan yang berlangsung lebih dari 92 hari berturut-turut.
elaun pegun ssm vs sspa 1024x1024 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 10
elaun pegun ssm vs sspa 1 1024x1024 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 11

Cara Bayaran Elaun SSPA

Pembayaran elaun SSPA bergantung pada kelayakan pegawai, termasuk gred, skim perkhidmatan, tempoh masa (jumlah jam, harian atau bulanan), bilangan operasi, atau sebarang pengiraan lain yang ditetapkan.

Pengelolaan elaun ini adalah tanggungjawab jabatan tempat pegawai bertugas. Jika elaun belum dibayar oleh jabatan asal sebelum pegawai berpindah ke jabatan baru, maka bayaran untuk tempoh tersebut perlu dilakukan oleh jabatan asal.

Soalan Lazim (FAQ) Elaun SSPA

Berikut adalah beberapa soalan lazim (FAQ) mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA):

elaun sspa 1 1024x724 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 12
elaun sspa 2 1024x724 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 13
elaun sspa 3 1024x724 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 14
elaun sspa 4 1024x724 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 15
elaun sspa 5 1024x724 1
Elaun SSPA : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan 2024 16

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai elaun SSPA, anda boleh rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jabatan Perkhidmatan Awam.

Trending sekarang :


Kongsikan Artikel Ini