Semakan & Status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tahun 2021

Kongsikan Artikel Ini

image

Tahukah anda Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam Pembentangan Bajet Belanjawan 2021. Bantuan yang diberikan kali ini adalah lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar layak dan bertujuan untuk membantu kehidupan para rakyat yang terjejas.

Dalam mendepani pandemik Covid-19 yang serba mencabar ini, kerajaan memperkenalkan pembagai pakej ransangan ekonomi terkini. Bermula dengan Pakej KitaPrihatin pada tahun lepas, disusuli pula dengan PENJANA, dan kali ini pakej PERMAI.

Kami di Mingguankerja akan berkongsi kepada anda beberapa penambahbaikan untuk bantuan ini bagi anda menyemak butiran lengkap anda bagi maklumat bantuan ini. 

Semakan Jumlah Kelulusan Bantuan BPR 2021

Berikut kami kongsikan senarai kategori yang menerima bantuan prihatin rakyat kali ini

Isi Rumah B40 (Gaji bawah RM2,500)

  • JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                     RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih     RM1,800

Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)

  • JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                     RM800
  • 2 orang anak atau lebih     RM1,200

Isi Rumah M40 (Gaji RM4,001 hingga RM5,000)

  • JUMLAH ANAK                   JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                        RM500
  • 2 orang anak atau lebih        RM750

Bantuan Prihatin Rakyat BPR Bujang

Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas dan anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350

Permohonan BPR 2021 Online



Untuk pengetahuan anda, bagi permohonan baharu bantuan prihatin rakyat, sekiranya anda ingin memohon dan layak anda bolehlah memohon pada butiran berikut:
  • PERKARA                                                      BUTIRANNYA
  • Pendaftaran bantuan prihatin rakyat 2021     Minggu ketiga Januari 2021

Cara Daftar Permohonan Online BPR

Berikut kami kongsikan kepada anda checklist penting yang perlu anda semak seblum anda membuat permohonan baharu: 
  • Kemaskini status perkahwinan anda
  • Yang belum ada, sila daftar akaun bank BSN terlebih dahulu
  • Sedang dikemaskinikan

Semak Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Anda perlu kemaskini dengan maklumat dan info anda yang terkini. Maklumat akan dikemaskinikan untuk anda.

Tarikh Bayaran BPR 2021
  • PERKARA                            BUTIRANNYA
  • Januari 2021                         Akan dikemaskinikan

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

  • PERKARA                                        BUTIRANNYA
  • Semakan Kelulusan BPR 2021        bpn.hasil.gov.my
Sekiranya anda ingin menyemak status Bantuan Prihatin Rakyat 2021 anda, Klik Sini

Soalan Lazim & FAQ

1. Bila tarikh pembayaran bantuan?

Boleh semak di jadual atas

2. Bila permohonan baru akan dibuka?

Sedang dikemaskinikan

3. Apa itu Bantuan prihatin Rakyat?

Ia adakah bantuan khas kewangan yang diberikan kepada golongan B40 & M40 sempena pengumuman Bajet Belanjawan 2021

4. Adakah ia sama dengan bantuan suami prihatin 2021?

Tidak sama sekali

5. Bagaimana cara check bpr online?

Rujuk maklumat penuh pada bahagian atas halaman ini.

Demikianlah bagaimana untuk melakukan semakan status Bantuan Prihatin Rakyat Tahun 2021. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, rakan-rakan dan keluarga anda.

Kongsikan Artikel Ini