Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full)

Kongsikan Artikel Ini

Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan pengguna motosikal di Malaysia, Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan Program Tukar Lesen Motosikal Kelas B2/B1 Ke Kelas B.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pemegang lesen motosikal untuk meningkatkan kelayakan mereka, serta memenuhi keperluan undang-undang dan keselamatan jalan raya.

Pengenalan

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk kelas B1 dan B2 yang telah mempunyai lesen selama 10 tahun atau lebih akan berpeluang menyertai program peralihan khas untuk memperoleh lesen B penuh, mulai 1 Oktober 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa program ini membolehkan pemegang lesen B1 dan B2 beralih kepada lesen motor kelas B, dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Antara syaratnya adalah pemohon mesti telah memegang lesen kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun.

“Syarat ini ditetapkan untuk memastikan tahap kemahiran dan pengalaman seseorang dalam memandu motosikal sebelum mereka beralih kepada motosikal berkuasa tinggi.

“Kami tidak menetapkan had umur, tetapi mengambil kira keperluan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam memandu motosikal.”

“Individu perlu menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian untuk kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu. Program ini meliputi sesi amali penunggangan, informasi tentang pemanduan selamat, dan pengoperasian motosikal berkuasa besar selama 2 jam, serta pengesahan keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh pegawai latihan berkelayakan (QTO) di institut tersebut,” katanya.

peralihan lesen b full 768x768 1
Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full) 9

Baca juga : STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Akhir

Syarat-Syarat Permohonan Program Khas Peralihan Lesen Motosikal Kelas B1 / B2 Ke Kelas B Penuh (Full)

Berikut adalah syarat-syarat yang dikongsi melalui kenyataan rasmi beliau mengenai pelaksanaan program ini.

PROGRAM KHAS UNTUK PEMEGEGANG LESEN MEMANDU KELAS B1/B2 YANG INGIN BERALIH KEPADA KELAS B.

  1. Individu perlu memiliki Lesen Memandu kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun. Syarat ini ditetapkan untuk memastikan kemahiran dan pengalaman pemanduan motosikal individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa tinggi.
  2. Pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan transaksi, rekod sabitan kesalahan berat, atau isu belum selesai di bawah Akta 333.
  3. Individu juga perlu mengesahkan keadaan kesihatan tubuh badan, minda, dan fizikal melalui deklarasi kendiri.
  4. Pemohon wajib menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu, yang merangkumi sesi amali pengendalian, maklumat tentang pemanduan selamat, dan cara mengendalikan motosikal berkuasa besar selama 2 jam.
  5. Pengesahan keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar akan dilakukan oleh Qualified Training Officer di Institut Memandu. Pengesahan ini penting untuk memastikan kemahiran dan keupayaan pemohon dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, demi meningkatkan keselamatan pemanduan.

MENGGABUNGKAN KELAS B1 (MOTOSIKAL<499C) DENGAN B

  1. Penggabungan kelas B1 dengan kelas B akan dilaksanakan, membolehkan individu memandu motosikal tanpa had kuasa – termasuk yang melebihi 499cc, bukan hanya yang berkuasa 499cc ke bawah bagi kelas B1.
  2. Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka boleh memilih untuk kekal dalam kategori tersebut atau mengikuti program khas untuk memperoleh kelas B.
lesen memandu b1 b2 b 742x1024 1
Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full) 10
lesen memandu b1 b2 b 1 755x1024 1
Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full) 11

Bayaran untuk Program Khas

Jika anda ingin menyertai program khas untuk menaik taraf lesen ini, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM160, yang termasuk RM10 kepada pihak JPJ.

Sekiranya anda gagal dalam latihan amali selama 2 jam, anda akan perlu mengambil semula latihan tersebut dan membayar RM160 lagi. Oleh itu, pastikan anda benar-benar fokus semasa latihan!

Tempoh Pelaksanaan

Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk motosikal kelas B1 atau B2 ke kelas B akan dilaksanakan mulai 1 Oktober 2024.

Program ini tidak mempunyai tarikh tamat dan akan berterusan hingga diberitahu kemudian.

lesen b1 dan b2 lesen b penuh 1024x1024 1
Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full) 12

Cara Memohon

CARA PERTAMA : SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB RASMI JPJ

Anda kini boleh semak Kelayakan bagi Program Khas Peralihan CDL kelas B Full

  1. Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Pilih kategori individu dan guna no kad pengenalan sebagai ID pengguna dan kata laluan MyJPJ untuk log masuk
  3. Klik Lesen Memandu > turun bawah dan pilih semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL Kelas B full.

Sila rujuk paparan di bawah:

peralihan lesen b 573x1024 1
Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full) 13

CARA KEDUA : SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYJPJ

  1. Buka aplikasi MYJPJ (Sila muat turun jika belum ada)
  2. Semak Paparan Utama > Perlesenan Pemandu
  3. Klik > Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B
peralihan lesen b penuh 588x1024 1
Permohonan Tukar Lesen Motosikal Kelas B1, B2 Ke Kelas B Penuh (Full) 14

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program ini, sila rujuk saluran berikut:

Sumber : Ministry of Transport Malaysia, https://berita.rtm.gov.my


Kongsikan Artikel Ini