Akaun Fleksibel KWSP Tidak Layak Pengeluaran? Ini Sebab Dan Cara Atasinya

Kongsikan Artikel Ini

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024.

Tujuannya adalah bagi menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

Apa Itu Akaun Fleksibel KWSP?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel KWSP boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Artikel berkaitan : KWSP Akaun 3 : Cara Pemindahan / Pengeluaran Akaun Fleksibel

Peratusan Agihan Caruman

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut:

  • 75% ke dalam Akaun Persaraan
  • 15% ke dalam Akaun Sejahtera
  • 10% ke dalam Akaun Fleksibel
Akaun Fleksibel KWSP
Akaun Fleksibel KWSP Tidak Layak Pengeluaran? Ini Sebab Dan Cara Atasinya 8

Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Sementara itu, Akaun Fleksibel KWSP akan bermula dengan baki sifar.

Akaun Fleksibel KWSP
Akaun Fleksibel KWSP Tidak Layak Pengeluaran? Ini Sebab Dan Cara Atasinya 9

Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel KWSP

Setiap ahli boleh memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel KWSP sebagai amaun permulaan berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.

Namun, sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan.

Akaun Fleksibel KWSP
Akaun Fleksibel KWSP Tidak Layak Pengeluaran? Ini Sebab Dan Cara Atasinya 10

Cara Membuat Pindahan Ke Akaun Fleksibel KWSP

Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

Rujuk video di bawah:

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP

Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.

Had pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah RM50.

NOTA: Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Syarat-syarat Pengeluaran

  1. Warganegara & Bukan Warganegara​
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  4. Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

Panduan Permohonan Pengeluaran Akauan Fleksibel

Akaun Fleksibel KWSP
Akaun Fleksibel KWSP Tidak Layak Pengeluaran? Ini Sebab Dan Cara Atasinya 11

Saluran Permohonan Pengeluaran

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran? – Ini Sebab-Sebabnya

Terdapat beberapa sebab pencarum tidak layak membuat pengeluaran daripada akaun fleksibel. Antaranya ialah:

1. Tidak mematuhi syarat-syarat pengeluran yang ditetapkan oleh KWSP seperti baki dalam Akaun Fleksibel kurang dari jumlah pengeluaran minima RM50.

    Cara Atasi: Rujuk semula syarat-syarat pengeluaran.

    Akaun Fleksibel KWSP
    Akaun Fleksibel KWSP Tidak Layak Pengeluaran? Ini Sebab Dan Cara Atasinya 12

    2. Tidak membuat pemindahan wang dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel. – PENTING! Anda perlu membuat pindahan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel terlebih dahulu) sebelum membuat pengeluaran.

      Cara Atasi: Pencarum perlu membuat pemindahan wang terlebih dahulu dari akaun 2 ke akaun 3.Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran.

      Anda boleh membuat pindahan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

      Ringkasan Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP

      Maklumat Lanjut

      Dapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Penstrukturan Semula Akaun KWSP, anda boleh rujuk pautan-pautan berikut:

      1. https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
      2. https://www.kwsp.gov.my/ms/w/info-akaun-3-kwsp
      3. https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel
      4. Kenyataan media: https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
      5. Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3 : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun

      Jangan lupa ikuti media sosial rasmi KWSP:

      Artikel Trending :


      Kongsikan Artikel Ini