Amaran! Pencarum KWSP Diingatkan Berhati-hati Dengan 4 Aplikasi Ini

Kongsikan Artikel Ini

KWSP%2Bberi%2Bperingatan%2Baplikasi%2Bpalsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui halaman facebook rasminya telah mengeluarkan satu notis kepada semua pencarum / pemegang akaun KWSP untuk berhati-hati dengan beberapa aplikasi menyerupai KWSP yang terdapat pada telefon pintar yang kini sedang tular.



Melalui tinjauan pasukan Mingguan Kerja, aplikasi tersebut terdapat pada carian Google Play Store dan tidak ada pada Apple App Store. Ini bermakna, pengguna telefon pintar android perlu lebih berwaspada.

Dalam kenyataan itu KWSP turut mengingatkan bahawa aplikasi tersebut bukanlah dibangunkan oleh KWSP sebaliknya dibangunkan oleh pihak-pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan.

SENARAI APLIKASI YANG DIBERIKAN AMARAN OLEH KWSP

  • MyFund
  • i-Sinar online (Berwarna putih)
  • i-Sinar Online (Gambar bendera)
  • i-Sinar Online (Kotak biru)

Capture

Melalui infografik yang turut disertakan pada laman rasmi KWSP itu juga mengingatkan bahawa aplikasi telefon pintar ini dibangunkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan ke atas ahli KWSP yang ingin tahu mengenai pengeluaran i-Sinar.

Faktanya, KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP untuk pihak anda. Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.

APLIKASI RASMI KWSP

Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya. Sila rujuk info yang sahih hanya melalui media sosial dan laman web rasmi KWSP
Aplikasi%2BRasmi%2BKWSP


Kongsikan Artikel Ini