Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2025: Tarikh Bayaran, Semakan Status & Jumlah Bantuan
Kaedah Pembayaran STR Fasa 3
Bayaran STR Fasa 3 akan dilakukan melalui dua kaedah utama:
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif akan menerima bayaran secara terus ke akaun mereka.
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau mengalami kegagalan kredit boleh menunaikan bantuan di cawangan BSN terdekat. Pastikan anda telah membuat semakan kelayakan melalui laman web rasmi STR sebelum mengunjungi kaunter BSN untuk mengelakkan sebarang masalah.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Bayaran STR Fasa 3 akan dilakukan secara berperingkat pada bulan Ogos 2025. Berikut adalah jadual bayaran bagi Fasa 1, 2, 3, dan 4 yang telah diumumkan:
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 3 April 2025 |
Fasa 3 | 29 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Jumlah bantuan yang diterima oleh penerima STR Fasa 3 bergantung kepada kategori penerima dan status pendapatan mereka. Berikut adalah jumlah bayaran yang ditetapkan:
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran (RM) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500 | RM150 – RM650 |
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM50 – RM150 |
Jumlah sebenar mungkin berbeza bergantung kepada status perkahwinan, bilangan anak, dan kemaskini data terkini. Mereka yang menerima tambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga akan mendapat nilai tambahan melalui pembelian tanpa tunai menggunakan MyKad.
Cara Semakan Status STR Fasa 3
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan STR Fasa 3, anda boleh membuat semakan status kelayakan melalui pautan berikut:
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan:
- Layari laman web rasmi STR.
- Masukkan nombor MyKad pemohon.
- Masukkan kata kunci keselamatan untuk pengesahan.
- Log masuk menggunakan kata laluan dan klik “LOG MASUK”.
- Pilih menu “Semakan Permohonan” > “MAKLUMAT PEMBAYARAN”.
Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk ke portal STR kerana terlupa kata laluan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Layari laman web STR di pautan STR.
- Klik pada pilihan “Terlupa Kata Laluan”.
- Masukkan nombor MyKad dan e-mel yang didaftarkan.
- Ikut langkah-langkah yang diberikan untuk mengubah kata laluan dan mengesahkan perubahan tersebut.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau hubungi:
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM