MyKasih RM300: Bantuan SARA 2025 Melalui MyKad.
Ramai rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega apabila bantuan MyKasih RM300 menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup. Program ini dilaksanakan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima layak.
Apa Itu Bantuan MyKasih RM300?
MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah 2025 merupakan bantuan kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup. Bantuan ini diagihkan secara bulanan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.
Berbeza dengan bantuan tunai biasa, MySARA memberi elaun dalam bentuk kredit yang hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit terpilih seluruh Malaysia.
Tahukah anda, tahun 2025 menyaksikan penambahbaikan besar untuk program MySARA, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang kini diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppBantuan ini khusus untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad penerima.
Siapa Layak Terima Bantuan MyKasih RM300?
Terdapat dua kategori utama penerima MySARA 2025:
1. Penerima Miskin Tegar & Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2025 kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan atau Bujang
- Tersenarai dalam rekod eKasih sebagai Miskin atau Miskin Tegar sehingga 31 Oktober 2024
2. Penerima STR Biasa (Bukan eKasih) – Kadar Tambahan
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2025 kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan
Nota Penting: Tiada permohonan perlu dibuat untuk MySARA. Kelayakan adalah automatik berdasarkan data STR dan eKasih sedia ada.
Jumlah Bantuan MySARA 2025
Berikut adalah kadar bantuan yang akan diterima mengikut kategori:
Kategori | Miskin/Miskin Tegar (eKasih) | Bukan eKasih (Tambahan STR) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 setahun (RM100 sebulan Jan – Mac, RM200 sebulan Apr – Dis) | RM900 setahun (RM100 sebulan Apr – Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 setahun (RM100 sebulan Jan – Mac, RM150 sebulan Apr – Dis) | RM450 setahun (RM50 sebulan Apr – Dis) |
Bujang (21-59 tahun) | RM600 setahun (RM50 sebulan Jan – Dis) | Tiada |
Tarikh & Cara Terima Bantuan MySARA
Bantuan MySARA dikreditkan secara bulanan ke dalam akaun MyKad penerima bermula Januari 2025. Penerima boleh menggunakan MyKad tersebut untuk membeli barangan keperluan di kedai runcit terpilih.ontoh Jadual Elaun MySARA Isi Rumah eKasih
Baki elaun yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, namun akan luput sepenuhnya selepas 31 Disember 2025.
Di Mana Boleh Guna Bantuan Ini?
Penerima boleh berbelanja menggunakan MyKad di lebih 1,200 kedai runcit dan pasar raya terpilih seluruh negara termasuk:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- 99 Speedmart
- Lotus’s (Tesco)
- The Store
- Pacific
- Pasar mini bebas
Senarai penuh kedai runcit boleh disemak di: Senarai Kedai MyKasih
Barang Apa Boleh Dibeli?
Hanya barangan keperluan asas dari 13 kategori diluluskan sahaja boleh dibeli, antaranya:
- Beras
- Minyak Masak
- Telur
- Tepung
- Biskut
- Mi Segera
- Makanan dalam Tin
- Minuman
- Produk Kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan Persekolahan
Cara Semak Baki MyKasih RM300
Semakan baki boleh dibuat dengan mudah melalui:
- Portal Semakan MyKasih
- Aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store
- Melalui resit pembelian di kaunter kedai
Maklumat Penting
✅ Elaun RM50 yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya.
✅ Baki yang tidak digunakan akan luput selepas 31 Disember 2025.
✅ Pembelian hanya sah dilakukan oleh penerima menggunakan MyKad dengan PIN yang ditetapkan.
Soalan Lazim Berkaitan MySARA
1. Perlu mohon MySARA ke?
Tidak perlu. Ia diberikan secara automatik berdasarkan data eKasih dan STR.
2. Boleh guna MyKad untuk beli barang selain keperluan asas?
Tidak boleh. Hanya barangan keperluan asas diluluskan yang boleh dibeli.
3. Boleh guna MyKad orang lain untuk beli?
Tidak boleh. Pembelian hanya sah jika guna MyKad penerima sendiri dengan PIN yang ditetapkan.
4. Baki MySARA tak habis guna, boleh simpan?
Ya, baki dibawa ke bulan berikutnya, tetapi akan luput selepas 31 Disember 2025.
5. Kategori Bujang bukan eKasih dapat tak?
Tidak. Hanya kategori Bujang dalam eKasih layak MySARA sebanyak RM600 setahun.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
- Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Portal MyKasih: https://www.mykasih.com.my/
- Talian MyKasih: 03-7720 1800