Background Google Meet Anda Membosankan? Jom Tukar Background Google Meet Guna Snap Camera!

Kongsikan Artikel Ini

google%2Bmeet


Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Belajar secara online merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh semua pelajar bermula daripada sekolah rendah sehinggalah kepada pengajian tinggi seperti universiti. Untuk mengelakkan dancaman pandemik covid-19, belajar online merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membolehkan para pelajar tidak ketinggalan untuk menuntut ilmu. 



Oleh itu, terdapat beberapa platform yang digunakan oleh guru, pensyarah dan pelajar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Contohnya seperti skype, zoom atau mahupun google meet.

Namun, google meet merupakan antara platform yang menjadi pilihan oleh para guru dan pelajar kerana sangat mudah dan senang untuk digunakan dengan menggunakan akaun  google sendiri.

Tukar Background Google Meet Untuk Komputer Sahaja

Anda bosan dengan background google meet anda? Tahukah anda sebenarnya background tersebut boleh ditukar kepada background yang lebih menarik.

Namun, ciri baru ini hanya boleh digunakan di google meet platform komputer dan laptop yang menggunakan ChromeOS dan pelayar Chrome pada sistem windows dan MacOS saja.

Mari cuba langkah-langkah ini:

Langkah-langkah menukar background menggunakan Snap Camera

  1. Anda perlu membuka Google Chrome anda dan taip Snap Camera dan tekan Enter.
  2. Pilih pilihan yang berada di atas sekali iaitu Snap Camera dan klik.
  3. Anda akan dibawa ke laman Snap Camera dan anda perlu tekan Download pada sebelah kanan atas anda.
  4. Baca segala terma dan syarat yang disediakan untuk anda pada halaman berikutnya dan klik Setuju.
  5. Setelah itu masukkan e-mel anda dan klik I Am Not A Robot dan klik pada Download For PC.
  6. Klik Open dan klik Run beserta Yes pada pop-up yang muncul dan Install aplikasi Snap Camera anda.
  7. Kemudian, anda boleh membuka aplikasi Snap Camera yang telah anda install pada PC anda.
  8. Terdapat banyak pilihan background yang anda boleh pilih untuk anda jadikan background Google Meet anda.
  9. Seterusnya anda buka Google Meet anda, dan klik pada Settings.
  10. Pada tetapan Camera anda, klik pada Video dan pada klik Snap Camera.
  11. Untuk mencuba background baru anda, klik sahaja pada join Join Or Start Meeting.
  12. Background baru anda akan ditetapkan sebagai default background untuk anda setelah anda masuk ke room baru anda.
  13. Selesai sudah proses penukaran background Google Meet anda.
Mudah sahaja bukan? Nah, apa lagi. Jangan lupa untuk cuba untuk aplikasikan langkah ini sewaktu kelas online anda. 
Semoga memberikan manfaat dan segala urusan anda dipermudahkan selalu. Maju terus!


Kongsikan Artikel Ini