Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
Kadar bayaran bagi Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu.
ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.
Jenis Bantuan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Berikut adalah senarai bantuan yang telah disediakan olej kerajaan bagi memudahkan urusan rakyat yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Kelayakan
- Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
ii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
iii. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
iv. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon; atau
v. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Cara Mohon
Pemohon diminta membawa dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian:
i. Salinan MyKad pemohon;
ii. Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
iii. Surat / penyata pendapatan daripada majikan; atau
iv. Akuan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran 4: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
v. Pesuruhjaya Sumpah (Jika bekerja sendiri)
vi. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
vii. Salinan penyata akaun bank terkini; dan
viii. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Nota: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan (Lampiran 4) boleh dirujuk di pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat.
- Permohonan boleh dibuat secara manual dengan memuat turun borang JKM 18 atau secara dalam talian melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
Nota: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.