RASMI : Bantuan Barang Dapur RM100 & RM300 Dah Masuk Bulan Ini!

Advertisements

Bantuan Barang Dapur 2025: Semakan Status Layak atau Tidak Penerima (RM200, RM100 & RM50)

Bantuan Barang Dapur

Sesetengah harga barangan dapur amat sukar dikawal dan pastinya membebankan rakyat. Oleh itu, Kerajaan MADANI komited untuk membantu meringankan beban dengan meneruskan pemberian Bantuan Barangan Dapur melalui Program MyKasih (SARA) sepanjang tahun ini.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan penerima bantuan ini? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Mohon Juga : Rumah Mesra Rakyat 2.0

Siapa yang Layak Dapat Bantuan Barang Dapur?

Bantuan Barang Dapur 2025 diberikan kepada golongan berikut:

  • Isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar.
  • Warga emas dalam kategori miskin atau bukan miskin.
  • Golongan bujang yang berpendapatan rendah.
  • Isi rumah dalam kategori asas bukan miskin.

Semua penerima mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh program MyKasih untuk layak menerima bantuan.

Kadar Amaun Bantuan Barang Dapur 2025

Setiap penerima akan menerima kadar bantuan yang berbeza mengikut kategori:

Kategori PenerimaKadar AmaunTempoh (Setahun)
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar)RM100 – RM200/bulanSehingga RM2,100
Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar)RM100 – RM150/bulanSehingga RM1,650
BujangRM50/bulanSehingga RM600
Isi Rumah (Bukan Miskin)RM100/bulanSehingga RM900
Warga Emas (Bukan Miskin)RM50/bulanSehingga RM450

Senarai Barangan yang Boleh Dibeli

  • Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, dan lain-lain.
  • Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
  • Telur: Nutriplus, QL eggs, CP.
  • Minyak Masak: Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Knife, Vesawit.
  • Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey.
  • Biskut: Julie’s, Tiger, Munchy’s, Chipsmore, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng.
  • Mi Segera: Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mi Sedap.
  • Minuman: Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quaker.
  • Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, TC Boy.
  • Bahan Perasa: Life, Jalen, Maggi, Planta, Cap Kipas Udang, Faiza.

Panduan Semakan Status Kelayakan

Ikuti langkah berikut untuk menyemak status kelayakan anda:

  1. Layari laman portal MyKasih.
  2. Klik pada butang “Semak Kelayakan”.
  3. Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  4. Klik pada butang “Semakan Status”.
  5. Status penerima akan dipaparkan sama ada Layak atau Tiada Rekod Ditemui.
  6. Jika “Tiada Rekod Ditemui”, rujuk semula maklumat permohonan.

Cara Penerimaan Bantuan

Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai melalui MyKad:

  1. Bantuan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.
  2. Penerima boleh membeli barangan di kedai atau pasar raya terpilih.
  3. Pilih barangan yang mempunyai label MyKasih.
  4. Semasa pembayaran, tunjukkan MyKad kepada juruwang.
  5. Masukkan PIN 6 digit MyKad untuk pengesahan bayaran.
  6. Bayaran disahkan dan resit akan dikeluarkan.

Nota: Pembelian yang melebihi baki dalam MyKad atau tidak termasuk senarai barangan perlu dibayar secara tunai.

Tempoh Penerimaan Bantuan

Kategori PenerimaTempoh Penerimaan
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar)12 bulan (Januari hingga Disember 2025)
Penerima Baharu (Bukan Miskin)9 bulan (April hingga Disember 2025)

Rujukan

Info Lanjut

Maklumat di atas hanya untuk tujuan perkongsian dan kemudahan pembaca. Sila rujuk pihak berwajib untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Leave a Comment