Program Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA, bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar. Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan.
Kaedah Pelaksanaan
Program ini dilaksanakan dengan cara pengkreditan elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan (RM300) ke dalam Mykad mereka yang layak.
Wang itu boleh digunakan untuk membeli barangan makanan penting di kedai runcit atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam program ini dengan membuat pembayaran menggunakan Mykad masing-masing.
Senarai kedai runcit dan pasaraya yang terlibat – KLIK SINI.
Bulan Pelaksanaan
Program ini telah dijalankan secara berperingkat di setiap negeri dengan menyaksikan negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai pelaksanaannya pada bulan Julai.
Buat masa kini, beberapa negeri telah melalui bulan terakhir pelaksanaannya iaitu negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu.
Manakala untuk Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak akan bermula pada bulan September hingga November 2021 atau Oktober hingga Disember 2021.
__________________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________
Kelayakan Bantuan RM300 Barangan Dapur
Keluarga yang layak akan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk terima Bantuan PRIHATIN Kasih ini.
Mereka yang layak akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Semakan Program Prihatin kasih
Anda boleh untuk membuat semakan status kelayakan secara online Klik Di Sini
Cara semak kelayakan:
- Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
- Isi nombor kad pengenalan
- Masukkan kod Captcha yang dipaparkan
- Status anda akan dimaklumkan
- Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Program Prihatin Kasih, anda boleh rujuk DI SINI
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.