Dalam Belanjawan 2024, golongan belia juga tidak terlepas daripada menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.
Untuk tahun ini, sebanyak 16 bantuan belia telah disediakan oleh kerajaan khusus untuk golongan belia mengikut peringkat umur dan kategori kelayakan.
Senarai Bantuan Belia Tahun 2024
i) Bantuan Pendapatan Belia
1. Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700 seorang. Minimum STR untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
2. Kerajaan akan menyediakan ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan.
3. RM20 juta disediakan untuk Rakan Muda dalam memperbanyak pengisian program-program belia.
4. Skim TEKUN Belia Mobilepreneur turut diteruskan dengan peruntukan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
5. Bagi mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri eSukan, RM30 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.
Baca juga :
- Jawatan Kosong JAKIM : Personel MyStep ~ Gaji Bermula RM1,500 – RM2,499
- Permohonan Bantuan Lesen Memandu Tahun 2024
ii) Bantuan Belia Pendidikan Tinggi
6. Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM16.3 bilion ketimbang RM15.3 bilion pada tahun ini.
7. RM250 juta disediakan untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam .Ini termasuk RM5 juta untuk melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.
8. Bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT), RM300 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang. Ini termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.
9. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:
- Pertama: Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
- Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
- Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
10. Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 ringgit. Ini selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.
iii) Bantuan Belia Sukan
11. RM50 juta disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.
iv) Bantuan Belia TVET
12. Kerajaan memperuntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 bilion, tahun hadapan.
13. RM100 juta diperuntukkan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam, tahun hadapan.
14. Kerajaan bersetuju untuk semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah platform MyFutureJobs. MyFutureJobs juga akan membuat padanan pekerjaan kepada mereka untuk membina kerjaya masa depan dan meraih pendapatan yang lebih tinggi.
15. Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
16. Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.
Tahun 2024 ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan belia bagi tahun 2024, anda boleh layari portal rasmi Belanjawan 2024 di sini https://manfaat.mof.gov.my/
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”