Bantuan Bulanan JKM Sehingga RM1000 – Semak Sekarang

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Bulanan JKM Sehingga RM1000 – Terdapat pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan kepada rakyat daripada pihak kerajaan pada hari ini.

Salah satunya adalah bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memfokuskan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Dalam perkongsian kali ini, Mingguan Kerja akan berkongsikan kepada anda tentang info lanjut tentang bantuan JKM yang diperkenalkan ini.

BANTUAN BULANAN JKM

Pelaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah sedia ada sejak dulu lagi dan masih diteruskan sehingga tahun ini.

Terdapat 9 jenis bantuan yang tersenarai dalam bantuan bulanan tersebut termasuklah bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan warga emas dan bantuan am negeri.

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN BULANAN JKM

Jumlah bayaran bantuan bulanan adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan syarat-syarat yang lain.

Sebagai contohnya, untuk Bantuan Kanak-Kanak maksimum bagi sebuah keluarga adalah RM 1,000 sebulan sekiranya jumlah anak yang layak melebihi daripada yang ditetapkan.

  • Bantuan Anak Pelihara – RM 250
  • Bantuan Warga Emas – RM 500
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM 450
  • Bantuan Am Persekutuan – RM 100
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM 300
  • Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar – RM 500
  • Bantuan Latihan Perantis – RM 200

TARIKH BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM1000

Bayaran bantuan ini akan dibayar setiap bulan kepada individu yang layak.

Bantuan ini sentiasa dibayar pada awal bulan di antara 1 hingga 10 hari bulan termasuklah Julai ini.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan yang anda ingin memohon.

Tetapi, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah
  • Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM1000

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, anda boleh terus walk in ke kaunter atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan kawasan anda atau boleh terus layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI


Kongsikan Artikel Ini