Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan e-Wallet RM300 – Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

ewallet bingkas selangor 2024
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 12

Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, e-Wallet BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Artikel berkaitan :

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-wallet ini.

Manfaat Bantuan e-Wallet BINGKAS Selangor

  1. eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  3. eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
  4. Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024:
    • Beras
    • Mi dan Bihun
    • Roti
    • Biskut
    • Telur
    • Gula dan Garam
    • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
    • Tepung
    • Minyak masak
    • Ubat-ubatan
    • Sayuran dan buah-buahan
    • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan
    • Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
    • Lampin pakai buang
    • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
    • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
    • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik
senarai barang yang diluluskan bingkas
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 13
bingkas panduan pembelian 2024 1024x670 1
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 14

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet Bingkas

Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Urusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).

syarat kelayakan bingkas selangor 2024
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 15

Cara Mohon Bantuan e-Wallet Bingkas

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan e-Wallet Bingkas ini boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 16

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 17

Semakan Kelulusan

Pemohon baru dan pemohon yang telah mengemaskini permohonan boleh membuat semakan kelulusan kelayakan di aplikasi Selangkah seperti yang tertera di bawah:

bingkas semakan
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 18
bingkas baki 543x1024 1
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 19

Sila layari https://www.bingkasselangor.com/log-masuk# untuk log masuk dan membuat semakan status permohonan anda.

Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-Wallet

Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.

Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.

selangkah wallet 1024x1024 1
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bingkas 2024 20

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.


Kongsikan Artikel Ini