Bantuan Elaun RM600 Untuk Mencari Kerja

Kongsikan Artikel Ini

bantuan rm600 cari kerja

telegram%2Bimage
SIP PRIHATIN 2.0 Merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kerajaan juga telah bersetuju untuk meluaskan pemberian elaun ini kepada individu yang menganggur juga kepada yang bukan pencarum PERKESO seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
SIP PRIHATIN 2.0 mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP ) yang akan diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

elaun%2Bmencari%2Bpekerjaan

Tarikh Permohonan SIP PRIHATIN 2.0

Permohonan SIP PRIHATIN 2.0 telah bermula sejak 15 Julai 2021 lagi dan akan berakhir pada 31 Disember 2021

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan SIP PRIHATIN 2.0
  • Individu yang belum berdaftar dan tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Julai 2020
  • Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
  • Individu mestilah berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti pencarian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
  • Individu tersebut telah menghadiri sekurang-kurang 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan.

Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan SIP PRIHATIN 2.0:
  • Pemohon hendaklah berdaftar terlebih dahulu sebagai pencari kerja dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs
  • Pemohon hendalah berdaftar di aplikasi PRIHATIN PERKESO melalui Playstore atau Applestore bagi tujuan pembayaran elaun
  • Pemohon perlu mengemaskini aktiviti log bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFuturejobs mengikut syarat yang telah ditetapkan
  • Pemohon juga mesti memastikan tarikh kembali bekerja dikemaskini sekiranya kembali bekerja.
  • Sekiranya pemohon mendapat pekerjaan baharu, pemohon hendaklah mengemaskini di MYFutureJobs dengan memuat naik dokumen sokongan (surat tawaran bagi tujuan pembayaran EPB)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon SIP PRIHATIN 2.0

Berikut dikongsikan antara dokumen yang diperlukan untuk memohon SIP PRIHATIN 2.0:
  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Salinan penyata nombor akaun bank pemohon sendiri (bukan akaun bersama)
  • Bukti menghadiri 3 kali temuduga dalam tempoh setiap EMP, sekiranya bukan anjuran PERKESO, borang pengesahan hendaklah disahkan oleh syarikat penemu duga.
  • Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti Portal MYfutureJobs

Kadar Elaun Yang Diberikan Mengikut Kategori

Menghadiri temuduga terbuka sama ada secara fizikal atau dalam talian serta menghadiri 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan
Elaun: RM300 x 2 bulan


Pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama dan sekurang-kurangnya menghadiri 1 temuduga dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan
Elaun: RM400 secara one-off
elaun%2Bmencari%2Bpekerjaan%2B1

Pendaftaran MYFutureJobs

Untuk melayakkan diri bagi mendapatkan elaun mencari kerja, pendaftaran melalui MYFutureJobs hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar di MYFutureJobs:
  • Buka laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/
  • Tekan butang “Jobseeker Sign In” untuk mendaftar profil peribadi.
  • Klik butang “Register Here” sebagai pengguna kali pertama
  • Kemudian, log masuk dan cari kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi
  • Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membuat permohonan pekerjaan yang diingini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan SIP Prihatin, anda boleh rujuk FAQ SIP PRIHATIN 2.0 atau menghubungi CARELINE PERKESO di talian 1300-22-8000


Kongsikan Artikel Ini