Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2025: Bantuan Kewangan untuk Meringankan Beban Keluarga

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2025: Bantuan Kewangan untuk Meringankan Beban Keluarga.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah inisiatif bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu keluarga atau penjaga yang menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat terus tinggal bersama keluarga dan mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan ini diberikan berdasarkan jumlah anak dalam keluarga dan umur mereka. Berikut adalah kadar bayaran yang ditetapkan:

Umur Kanak-KanakKadar Bantuan
6 tahun dan ke bawahRM250 sebulan
7 tahun hingga 18 tahunRM200 sebulan
  • Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
  • Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan menerima bantuan ini, pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga atau penjaga yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Per Kapita Miskin Semasa.
  • Anak/kanak-kanak tiada penjaga yang layak kerana ibu/bapa bukan warganegara, diisytiharkan muflis, atau mengalami kecacatan mental.
  • Anak-anak yang tidak menerima bantuan lain seperti Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) atau Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  • Anak yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak untuk menerima BKK.

Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan

Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Surat atau penyata pendapatan daripada majikan atau
  • Akuan pendapatan (jika bekerja sendiri) daripada penghulu, ketua kampung, JPKK, MPKK, atau Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan bil utiliti (bil air, elektrik, telefon) bagi tujuan pengesahan alamat
  • Salinan penyata akaun bank terkini
  • Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah:
    • Jika ibu bapa warganegara: Akaun bersama ibu/bapa/penjaga.
    • Jika ibu/bapa bukan warganegara: Akaun bersama ibu/bapa/penjaga yang sah.
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan (jika perlu).

Nota: Borang Pengesahan Pendapatan/Pekerjaan (Lampiran 4) boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Cara Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Permohonan boleh dibuat secara manual atau atas talian:

  1. Secara Manual – Pemohon boleh memuat turun Borang JKM 18 dan menghantarnya ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  2. Secara Online – Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penting! Pemohon wajib hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat. Jika gagal, permohonan akan dibatalkan secara automatik.

Agensi Pelaksana & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan keluarga yang layak dapat meringankan beban kewangan mereka dan memastikan kanak-kanak mendapat kehidupan yang lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk memohon sekiranya anda layak!

Baca Juga :

INFO SAHIH TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Leave a Comment