Bantuan Khas RM350 Untuk Pelajar, Belia dan Mahasiswa

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan Khas RM350 Untuk Pelajar, Belia dan Mahasiswa. Menerusi Belanjawan 2023, terdapat peruntukan sekitar RM750 juta khusus untuk golongan pelajar, belia, bujang dan mahasiswa.

Berita baik ini diumumkan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lepas. Melalui implikasi kewangan berjumlah RM8 bilion untuk bantuan tunai tersebut, sekitar RM750 juta dikhususkan bagi golongan muda dan bujang.




Bantuan istimewa hingga RM350 ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang kini menghadapi tantangan kos sara hidup bahkan kos pendidikan.

Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan Bantuan Khas RM350 ini.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM350





Untuk makluman anda, bantuan khas ini akan dikreditkan secara berperingkat pada tarikh dan kadar yang berasingan iaitu bulan Jun dan Julai Tahun 2023.

  • Pengkreditan RM200 – Jun 2023
  • Pengkreditan RM150 – Julai 2023

Bantuan tunai RM200 ini merupakan sebahagian instrumen yang terkandung dalam Program e-Tunai Belia Rahmah. Ketika menjawab soalan belia pada sebuah program di Langkawi pada Mei, Perdana Menteri mengumumkan bayaran akan dilaksanakan pada Jun 2023.

Untuk makluman anda, bantuan tunai RM200 yang sebelumnya dikhususkan untuk belia 18-20 tahun, kini telah diperluas kepada seluruh pelajar & mahasiswa di Malaysia yang layak.



Baca: Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah RM200 (hari bekerja)

Bantuan tunai RM150 pula merupakan sebahagian daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan dikreditkan pada Julai mengikut kepada kalendar agihan bayaran Kementerian Kewangan. Bantuan ini dikhususkan kepada golongan belia & bujang yang berumur 21-59 tahun.

Baca: Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Bulan Julai (hari bekerja)



Untuk makluman anda, bantuan RM200 ini juga bertujuan untuk memupuk keterlibatan golongan remaja dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dalam meluaskan penggunaan aplikasi e-wallet atau e-dompet dan dikenali sebagai Program e-Tunai Belia Rahmah.

Jika sebelum ini, bayaran RM200 hanya untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun, tetapi baru baru ini diumumkan bayaran adalah menyeluruh kepada belia dan mahasiswa yang berkelayakan.

Cara Tebus RM200 e-Tunai Belia Rahmah




Untuk menuntut kredit e-Tunai Belia Rahmah, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:

  • BigPay

  • ShopeePay

  • Boost

  • Touch N Go eWallet

  • GrabPay

Baca Juga:

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  1. Buka aplikasi e-dompet dan pergi ke bahagian “e-Tunai Belia Rahmah“.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik pada butang “Tuntutan/ Claim”.
  4. Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses pengkreditan berjaya.
Bantuan Khas RM350 & Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah RM200
Infografik bayangan tarikh bayaran e-Tunai Belia Rahmah mengikut hari bekerja

Semakan Status RM150 Sumbangan Tunai Rahmah




Sekiranya anda ingin mengetahui status kelulusan STR, semakan boleh dibuat melalui 5 cara yang mudah antaranya:

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah (Play Store/ Apple store)
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan)
  5. Hadir ke cawangan LHDNM berhampiran

Bagi semakan secara atas talian di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/, berikut adalah kaedah semakan;

  1. Tekan log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  3. Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik menu semakan pembayaran fasa 3
  6. Klik maklumat pembayaran




Sekiranya layak, maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti yang berikut:

  1. Tarikh Pengkreditan
  2. Pengenalan Akaun
  3. Jenis Fasa
  4. Jumlah Pengkreditan
  5. Status Pengkreditan
  6. Nama Bank
  7. Nama dan Nombor Akaun
  8. Kod Berjaya/ Tidak Berjaya

Bantuan Khas RM350 dan Jadual Bayaran STR Fasa 3


Kongsikan Artikel Ini