Bantuan Maksimum RM1000 Kepada Golongan B40 . Mohon Sekarang

Advertisements

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.

Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: .

i.   RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii.  RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat .

KELAYAKAN 

Syarat Kelayakan:

i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

ii. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.

iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa: atau

iv. Keluarga / penjaga dan anak / kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu / bapa mereka / penjaga / saudara-mara / lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa:

v. Anak / kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis / ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;

vi. Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK

vii. Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; atau

viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL)

Nota: Pengiraan umur kanak-kanak sekolah adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula.

CARA MOHON

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  1. Salinan MyKad pemohon;
  2. Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Surat / Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  4. Akuan pendapatan (jika bekerja sendiri) daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan);
  5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
  6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
  7. Salinan penyata akaun bank terkini;
  8. Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah;

    1. Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu / bapa / penjaga

    2. Bagi kes ibu / bapa / penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu / bapa / penjaga yang tidak muflis / OKU Mental; dan

  9. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)

 

Nota: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan (Lampiran 4) boleh dirujuk di pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat.

  • Permohonan boleh dibuat secara manual dengan memuat turun borang JKM 18 atau secara dalam talian melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nota: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Advertisements

Leave a Comment