Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 Sudah Dikreditkan Secara Berperingkat Semalam 22 Februari 2021 ~ Semak Akaun anda!

Kongsikan Artikel Ini

pembayaran%2Bbpr%2B2021

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan
Berita baik lagi untuk para pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Setelah semalam pembayaran i-lestari dan i-Sinar kategori 1 yang diawalkan oleh KWSP, semalam juga ada beberapa pemohon berkongsi di facebook tentang pembayaran BPR yang sudah pun mula dikreditkan ke akaun masing-masing.


Seperti sedia maklum, pembayaran BPR akan dikreditkan bermula hujung Februari ini. Namun begitu, nampaknya pengkreditan berlaku awal untuk beberapa akaun  seperti di Bank Simpanan Nasional dan beberapa akaun lain.





Kami kongsikan kepada anda info tentang BPR ini. 

Bukti Ada Pemohon Menerima Bayaran Awal BPR Semalam

bpr%2B1

bpr%2B2


Cara Semakan Status Bayaran BPR 2021

  • Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang ‘Semak Status’
  • Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Tarikh Bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Hujung Februari 2021 secara beperingkat-peringkat. Namun begitu, semalam 22 Februari 2021 juga sudah bermula pengkreditan ke beberapa akaun bank pemohon. 


Kaedah Pembayaran Fasa Pertama

1. Dikreditkan Terus ke Akaun Bank

Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit ke BSH 2020 dan BPN 2.0 termasuk rayuan.

2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 atau BPN 2.0 adalah secara tunai.

Berapa Jumlah Bayaran BPR Fasa 1?

Kategori Isi Rumah

  • RM300

Individu Bujang Berumur 21 tahun- 59 Tahun

  • RM150

OKU Berumur 18-59 tahun

  • RM150

Tarikh akhir permohonan dan kemaskini maklumat adalah pada 25 Februari 2021. Bagi permohonan mereka yang sudah diluluskan, anda boleh membuat kemas kini di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Soal Jawab Tentang BPR 2021

Akaun bank yang saya laporkan semasa permohonan BSH 2020 / BPN 2.0 salah atau tidak aktif. Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?

– Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah secara tunai di BSN.

Adakah saya boleh membuat permohonan BPR 2021 walaupun Tidak Layak sebagai penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?

– Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.

Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021?

– Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut:

i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM

Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

– Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

Kenyataan Media BPR Fasa 1 2021

bpr%2B3


Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk.

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Kongsikan Artikel Ini