Bantuan RM100 Telah Dikreditkan di Dalam MyKad! ~ Ketahui Cara Gunakannya

Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan Perpaduan sangat memberi fokus penuh untuk meringankan beban ekonomi masyarakat melalui pendekatan rahmah. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup

Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat antaranya jumlah bantuan diberikan maksimum sehingga RM3,100 berbanding sebelum ini berjumlah RM2,500.

Penambahbaikan ini melibatkan perincian isi rumah, lima anak atau tiga anak serta bantuan RM100 berbentuk bakul makanan berbanding peruntukan awal yang diumumkan sebelum ini.

Berikut kami di MingguanKerja kongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bakul Makanan.

Blog telegram
Bantuan RM100 Telah Dikreditkan di Dalam MyKad! ~ Ketahui Cara Gunakannya 5

Bantuan RM100 Diagihkan Secara Berperingkat!

Memetik ucapan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sumbangan itu berfokuskan untuk penerima mendapatkan barangan keperluan dan makanan asas bagi menjalani kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan, jumlah bantuan tambahan sebanyak RM600 Untuk 6 Bulan ini hanya dikhususkan untuk penerima isi rumah yang berstatus dan telah dikenalpasti sebagai kelompok miskin tegar.

Syarat kelayakan ini terhad untuk mereka :

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Tarikh Bayaran Bantuan RM100

Rujuk jadual dibawah untuk maklumat pengkreditan bantuan RM100 ini :

Julai 2023RM100
Ogos 2023RM100
September 2023RM100
Oktober 2023RM100
November 2023RM100
Disember 2023RM100

Semakan Kelayakan Bantuan RM100

2A1FA2DF 019D 408F B50D 570FAD7E259B 1
Bantuan RM100 Telah Dikreditkan di Dalam MyKad! ~ Ketahui Cara Gunakannya 6

Jika anda tidak pasti sama ada anda tersenarai didalam pangkalan data eKasih, anda boleh mengemukakan permohonan atau melakukan proses semakan kelayakan di talian https://ekasih.icu.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR Tambahan boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747


Kongsikan Artikel Ini