Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.
Mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah, RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan nilai program ini RM2.0 bilion. Selain itu, syarikat- syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.
Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Pakej Bantuan Program Jaringan Prihatin
Di bawah Jaringan Prihin ini, penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej Peranti atau pelan data bulanan:
Kategori B40 Bantuan Untuk Pakej Peranti Bantuan Untuk Pelan Data Bulanan Untuk 12 Bulan
Mempunyai anak di RM300 RM180
bawah umur 18 tahun
Tiada anak di bawah RM180 RM180
umur 18 tahun
Siapa Layak Terima Bantuan Program Jaringan Prihatin?
Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.
Jika anda penerima yang layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:
Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.
Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Bagaimana Saya Hendak Mohon Untuk Menyertai Program Jaringan Prihatin?
Anda boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Keseluruhan program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.
Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan). Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.
Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut. Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Penerima subsidi boleh merujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi pilihan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bergantung kepada pelan yang dipilih, penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum tiga (3) kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut. Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.
Penerima tidak boleh:
- Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
- Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
- Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
- Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.
Kenyataan Rasmi Bantuan Program Jaringan Prihatin
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari:
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.