Tahukah anda di bawah bajet 2022 kerajaan negeri, kerajaan akan memberikan insentif sebanyak RM300 kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.
Jumlah Bantuan
Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, tujuan lain adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.
Pemberian Saguhati Untuk Setiap Kelahiran
Setiap bayi yang dilahirkan di pahang bermula tahun 2022 layak untuk menerima saguhati di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ni, anda boleh layari laman web Portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi talian 09-512 6600.
SUMBER: Sinar Harian
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.