Bantuan RM500 Untuk Individu Secara One-Off

Kongsikan Artikel Ini

  Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan  pada 26 Oktober lalu kepada para pemohon yang memohon.

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan  pada 26 Oktober lalu kepada para pemohon yang memohon. 

Pembayaran bantuan ini dilaksanakan secara dua cara iaitu secara terus ke akaun bank dan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk menebus bayaran bantuan melalui kaunter-kaunter bank BSN berdekatan.

AVvXsEhzLvJ5kjmoedSVkC9ZM61bZy7SjAKpeNpC hnsoPf6 Focj6F1RKkkCzeiYghs8400nzrU6xBVluQpAf7rFGVpUwSt

Apa Itu Bantuan Kehilangan Pendapatan?

Bantuan ini terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik.

Hal ini bertujuan untuk membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan akibat pembuangan kerja yang dilakukan oleh para majikan untuk mengatasi krisis ekonomi.


Jumlah Bantuan BKP

  • RM500 untuk setiap seorang yang layak
  • Pembayaran dilakukan secara one-off


Cara Untuk Membuat Semakan Status BKP Layak Atau Tidak

Anda boleh untuk membuat semakan status BKP seperti di link berikut:

2 Kaedah Pembayaran BKP Yang Patut Anda Tahu

Kaedah Bayaran Kredit Ke Akaun Bank

Kaedah ini bermaksud pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda daftarkan

Untuk mengetahui anda menerima kaedah seperti ini, anda boleh untuk membuat semakan paparan ‘Kredit Akaun Bank’ pada telefon pintar anda.


Kaedah Bayaran Tunai

Pembayaran akan dilaksanakan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan

Anda akan menerima paparan Kaedah Bayaran ‘TUNAI’ setelah membuat semakan BKP.


Cara Menebus RM500 Melalui Kaunter BSN

  • Anda perlu hadir ke mana-mana kaunter BSN berdekatan loasi anda
  • Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat penebusan

Kongsikan Artikel Ini