Bantuan RM500 Untuk Rakyat Malaysia Terjejas Pendapatan

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%2BRM500%2BRakyat%2BMalaysia%2BTerjejas%2BPendapatan%2BBlog


telegram%2Bimage

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih belum berakhir.

Ramai yang terjejas teruk dan kehilangan pekerjaan sewaktu COVID-19 ini berlaku. Hal ini amatlah serius dan merisaukan terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak bini.

Melalui pelan PEMULIH baru-baru ini, kerajaan ada memberitahu dan berkongsi  Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi mereka yang kehilangan kerja dan terjejas sumber pendapatannya.

Artikel Mingguan Kerja kali ini akan mengongsikan kepada anda maklumat Bantuan RM500 ini.

Permohonan Bantuan RM500


Bantuan untuk rakyat yang terjejas pendapatan ini akan diberikan kepada mereka yang layak iaitu sebanyak 1 juta orang dengan jumlah bayaran bantuan sebanyak:

  • RM500

Siapa Yang Layak Terima Bantuan?

Sebanyak 1 juta orang sahaja yang layak untuk terima bantuan Kehilangan Pendapatan ini. Sebanyak RM500 juta peruntukan diperuntukkan untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan.

Cara Mohon Bantuan RM500

Menurut Perdana Menteri dalam ucapan Bantuan PEMULIH, bantuan ini akan diagihkan pada bulan Oktober 2021 nanti. Sila join channel Telegram ini untuk mengikuti perkembangan terkini bantuan RM500 ini.

Syarat Kelayakan

Ada dua syarat yang perlu anda penuhi untuk melayakkan anda mendapatkan bantuan RM500 ini. Antaranya:

  • Pekerja yang kehilangan sumber pendapatan
  • Berdasarkan data KWSP dan PERKESO pada tahun 2021.


infografik%2Bpemulih

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Anda boleh juga untuk memohon bantuan Khas COVID-19 dengan nilai bantuan sehingga RM1,300.
Berikut dikongsikan maklumat pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

  • Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;
  • Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan 6
  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
Semoga dengan adanya bantuan-bantuan PEMULIH ini akan membantu dan meringankan beban anda menghadapi ujian Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.


Kongsikan Artikel Ini