Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2023: Syarat Kelayakan dan Cara Mohon. Syarikat perumahan negara berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik menteri kewangan diperbadankan (MOF INC) yang menawarkan skim Rumah Mesra Rakyat 2023 (RMR).
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik ( rumah mesra rakyat 2023 ) dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Berikut akan dikongsikan maklumat mengenai Rumah Mesra Rakyat 2023:
BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023
RMR diwujukan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan,petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah / atau tinggal di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah.
Baca Juga:
CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:
Keluasan RUMAH 750 KPS (SEMENANJUNG)
- Harga: RM75,000
- Subsidi Pembinaan: RM20,000
- Jumlah Pinjaman: RM55,000
- Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300
Keluasan Rumah 750 KPS (PULAU DI SEMENANJUNG)
- Harga: RM85,000
- Subsidi Pinjaman: RM20,000
- Jumlah Pinjaman: : RM65,000
- Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM350
Keluasan Rumah 750 KPS (SABAH/SARAWAK/LABUAN)
- Harga: RM75,000 – RM106,000
- Subsidi Pembinaan: RM20,000
- Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
- Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300 – RM470
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Bantuan ini:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Pemohon dan pasangan tidak memilki rumah sendiri/memiliki rumah usang/tidak sempurna
- Tapak/Tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian /bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah,pemohon mestilah mendapatkan kebenaran pemilik
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Secara Online
- Layari laman web SPNB di pautan berikut:
- Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
- Setelah itu,ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
- Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
- Lengkapkan borang yang dikehendaki
- Selesai isi borang, Klik “SELESAI PENDAFTARAN” dan Cetak borang
- Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB/cawangan SPNB yang berdekatan
Secara Borang
Borang permohonan boleh didapatkan di cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan
Dokumen yang diperlukan
Berikut merupakan dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jka berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari pejabat tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan)/Surat akuan sumpah pendpatan/ Surat pengesahan pendpatan pemohon/ Pemohon kedua
- Surat akaun sumpah / Surat pengesahan tidak memiliki rumah / memiliki rumah yang usang
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
Jika bekerja sendiri
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Dokumen sokongan tambahan (jika ada)
NOTA:
- Surat pengesahan pendapatan/ tidak emiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan
melalui penghulu ketua kampung/ pegawai profesional kelas A. - SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari
semasa ke semasa.
SEMAKAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Maklumbalas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukkan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperlukan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
- Mengisi dan melengkapi borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan elektrik dan air
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuat pinjaman kepada bank/ Institusi kewangan jika perlu
MAKLUMAT LANJUT
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]
SENARAI CAWANGAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: [email protected]
Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: [email protected]
Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2
Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507
Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu,
Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: [email protected]
Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,
30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]
Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]
Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor
Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]
Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir
Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]
Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan
Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]
Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208
Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]
Amin is the prolific writer behind www.mingguankerja.my, a dynamic platform that serves as a trusted source for publishing job vacancies and current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.