Bantuan Tunai RM1000 Bulan Ini . Semak Kelayakan & Mohon Segera

Advertisements

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim bantuan kewangan tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan 2025.

Program ini adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Tujuan utama SKK STR adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada waris atau keluarga individu yang telah terdaftar dalam sistem STR dan meninggal dunia.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang kehilangan orang tersayang, khususnya dalam menghadapi kos pengebumian dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan kematian.

Skim ini disediakan kepada penerima STR yang layak dan memberikan sejumlah wang khairat kematian secara sekali bayar kepada waris yang sah. Ia merupakan salah satu bentuk sokongan sosial yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan golongan yang terkesan dapat dibantu pada saat-saat sukar.

Pendaftaran untuk SKK STR biasanya dilakukan melalui platform rasmi yang disediakan oleh kerajaan. Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah sebanyak RM1,000 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi LHDNM 

Syarat Kelayakan

i. SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025. 

  • Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:

    i. Pasangan

    ii. Ibu

    iii. Bapa

    iv. Anak (Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat / Adik-Beradik / Cucu)

Cara Bayaran

Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

Tarikh Kematian

Tarikh Tuntutan

1 Januari 2025 – 31 December 2025

Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

  • Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
  1. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:

    1. Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan

    2. Kad Pengenalan asal waris; dan

    3. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:

    • Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
    • Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di hospital; atau Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
    • Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon / Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara; atau
    • Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon / Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau
  4. Tempoh masa Surat Pengesahan, terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2025).

SOALAN LAZIM (FAQ) SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR

A. MAKLUMAT WARIS
1. S: Apakah tujuan maklumat waris diisi oleh pemohon STR 2025?

J: Maklumat waris diisi dalam Permohonan STR 2025 bagi memudahkan urusan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) / Penunaian STR dan wakil tuntutan adalah terhad sekiranya pemohon / pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah bagi urusan berkenaan. Situasi yang membolehkan waris membuat tuntutan SKK / penunaian bayaran STR
adalah seperti berikut:

i. Waris bagi tuntutan SKK jika Pemohon dan Pasangan telah meninggal dunia atau
ii. Waris bagi tuntutan SKK / penunaian bayaran STR terhad bagi situasi pemohon dan pasangan tidak dapat hadir terhad kepada alasan dinyatakan (Rujuk soalan 11 & 17).

2. S: Siapakah waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2025?

J: Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
i. Pasangan
ii. Ibu
iii. Bapa
iv. Anak
• Anak Kandung
• Anak Tiri
• Anak Angkat
v. Adik-Beradik
vi. Cucu

3. S: Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris?
J: Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR 2025

4. S: Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak didaftarkan sebagai waris?

J: Ya, jika anda bukan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi waris sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu yang menetap di Malaysia.

5. S: Siapakah waris yang dibenarkan atau layak untuk membuat tuntutan SKK?

J: Keutamaan tuntutan SKK STR 2025 adalah kepada Pemohon / Pasangan. Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti di bawah:
i. Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia;
ii. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) Borang Permohonan STR 2025 sekiranya pemohon meninggal dunia; atau
iii. Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada
Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2025) dan mestilah terdiri daripada hubungan (Rujuk soalan 2) sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2025 meninggal dunia.

Sekiranya Pemohon dan Pasangan tidak dapat hadir membuat tuntutan SKK terhad kepada alasan dinyatakan (Rujuk soalan 17 (iii)), dokumen pembuktian tambahan perlu dikemukan oleh waris berdaftar kepada pihak BSN semasa membuat tuntutan SKK.

6. S: Siapakah waris yang dibenarkan atau layak untuk membuat penunaian STR 2025?

J: Bayaran tunai STR 2025 adalah kepada Pemohon. Sekiranya Pemohon tidak dapat hadir menuntut bayaran tunai STR, keutamaan tuntutan bayaran tunai adalah kepada Pasangan dan seterusnya waris yang dinamakan dalam Borang Permohonan STR 2025. Dokumen pembuktian tambahan (Rujuk soalan 17 (iii)) perlu dikemukan oleh Pasangan / waris berdaftar kepada pihak BSN semasa membuat penunaian. Keutamaan tuntutan tunai STR 2025 adalah seperti di bawah:

i. Pemohon;
ii. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang Permohonan STR 2025; atau
iii. Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2025) dan mestilah terdiri daripada hubungan (Rujuk soalan 2).

B. SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

7. S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?

J: SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.

8. S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?
J: Bagi pelaksanaan STR 2025, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan
seperti berikut:

9. S: Bilakah tarikh kematian untuk melayakkan SKK dan bilakah tarikh tuntutan
SKK boleh dibuat?

J: Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

10. S: Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?
J: Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

11. S: Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh waris semasa tuntutan SKK di BSN?

J: Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:

i. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
ii. Kad Pengenalan asal Waris; dan
iii. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 17 (iii))

12. S: Permohonan STR berstatus Lulus, walau bagaimanapun Pemohon / Pasangan telah meninggal dunia di luar negara dan telah mendaftar kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Adakah Pemohon / Pasangan layak SKK?

J: Ya. Sekiranya Permohonan STR berstatus Lulus dan telah mendaftar kematian di JPN, Pemohon / Pasangan layak SKK.Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris (Rujuk soalan 5) dengan hadir ke mana-mana cawangan BSN berserta dengan dokumen yang diperlukan (Rujuk soalan 11)

13. S: Suami saya Lulus Permohonan STR dan telah meninggal dunia. Maklumat beliau wujud sebagai pasangan di permohonan lain (poligami) yang berstatus Lulus Permohonan STR. Adakah saya dan isteri-isteri yang lain layak menuntut SKK suami?

J: Ya. Semua isteri layak untuk menuntut SKK bagi suami yang telah meninggal dunia dengan status poligami.

14. S: Saya sebagai waris yang berdaftar telah membuat tuntutan SKK bagi pemohon / pasangan yang telah meninggal dunia. Adakah saya layak menerima baki amaun kelulusan STR 2025 yang belum dituntut?

J: Ya, anda sebagai waris yang didaftarkan layak untuk menerima baki amaun kelulusan STR 2025 yang belum dituntut bagi pemohon / pasangan yang telah meninggal dunia.

15. S: Sekiranya saya telah membuat tuntutan SKK, bagaimanakah kaedah pembayaran bagi baki amaun kelulusan STR 2025?

J: Baki amaun kelulusan STR 2025 hanya terhad kepada penerima STR kategori Isi Rumah. Kaedah pembayaran adalah tertakluk kepada penerima bayaran STR 2025 di mana sekiranya kematian berlaku ke atas pemohon / pasangan dan pembayaran STR 2025 adalah secara kredit ke akaun, maka tuntutan fasa seterusnya oleh waris adalah secara tunai. Tarikh fasa pembayaran boleh disemak dari semasa ke semasamelalui Portal Rasmi STR 2025.

C. PENUNAIAN STR

16. S: Bilakah tarikh penunaian Fasa 1 STR?

J: Tarikh penunaian STR oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah mulai Januari 2025 di mana-mana Cawangan BSN dan penunaian dibuat mengikut Fasa Pembayaran STR berdasarkan kelulusan Permohonan STR 2025 (Rujuk Jadual Pembayaran di FAQ Pembayaran).

17. S: Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh waris semasa penunaian STR di BSN? Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:

i. Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
a. Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
b. Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di hospital; atau
c. Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
d. Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
e. Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon / Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara; atau
f. Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon / Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau Tempoh masa Surat Pengesahan
➢ Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
➢ Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan
Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2025).

18. S: Bolehkah saya membuat penunaian STR bagi pemohon yang menghilangkan diri?

J: Waris yang didaftarkan boleh membuat penunaian bayaran STR dengan mengemukakan:
i. Dokumen yang membuktikan pemohon hilang seperti Laporan Polis, Akuan Sumpah atau sebarang dokumen yang boleh membuktikan mengenai status pemohon yang hilang (tarikh dokumen pembuktian pemohon hilang yang diterima pakai adalah tidak melebihi dari 1 tahun).

19. S: Sebagai waris yang didaftarkan, bolehkah saya membuat penunaian bagi pemohon yang berstatus Lulus STR yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan di luar negara semasa tempoh pembayaran?

J: Tidak. Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan di luar negara tidak layak untuk menerima STR 2025.

20. S: Saya telah didaftarkan sebagai waris pada Permohonan STR pasangan saya. Adakah saya boleh hadir ke BSN bagi tujuan penunaian bayaran STR pasangan saya sekiranya pasangan saya tidak dapat hadir atas alasan yang ntelah ditetapkan?

J: Boleh. Waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan berserta dokumen sokongan tambahan seperti di Soalan 17 (iii) sebagai pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian di BSN.

D. KEMAS KINI WARIS

21. S: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya maklumat waris (nama / No.Pengenalan) yang telah didaftarkan salah semasa tuntutan SKK / Penunaian STR di BSN?

J: Sekiranya terdapat perbezaan nama tetapi Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan adalah betul, penunaian boleh dilakukan di BSN. Akan tetapi sekiranya Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan salah, anda perlu hadir ke LHDNM beserta Borang Kegagalan Tuntutan Sumbangan Tunai Rahmah / SKK yang dikeluarkan oleh BSN untuk pengesahan maklumat.

22. S: Saya telah didaftarkan sebagai Waris bagi Permohonan STR ayah saya. Semasa permohonan, saya telah didaftarkan sebagai Cucu. Adakah saya boleh membuat tuntutan SKK / Penunaian STR 2024 di BSN kerana hubungan yang didaftarkan tidak tepat?

J: Sekiranya terdapat perbezaan hubungan di antara pemohon dan waris yang didaftarkan, penunaian boleh dilakukan di BSN dengan syarat dokumen sokongan seperti di Soalan 17 dibawa semasa tuntutan dibuat dan hubungan waris adalah seperti yang telah ditetapkan (rujuk Jawapan bagi Soalan 2).

23. S: Saya telah lulus STR, tetapi waris yang saya daftarkan pada Permohonan STR 2025 telah meninggal dunia. Adakah saya boleh menukar maklumat waris berkenaan?

J: Boleh. Waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan berserta dokumen sokongan tambahan seperti di Soalan

21. S: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya maklumat waris (nama / No. Pengenalan) yang telah didaftarkan salah semasa tuntutan SKK / Penunaian STR di BSN?

J: Sekiranya terdapat perbezaan nama tetapi Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan adalah betul, penunaian boleh dilakukan di BSN. Akan tetapi sekiranya Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan salah, anda perlu hadir ke LHDNM beserta Borang Kegagalan Tuntutan Sumbangan Tunai Rahmah / SKK yang dikeluarkan oleh BSN untuk pengesahan maklumat.

22. S: Saya telah didaftarkan sebagai Waris bagi Permohonan STR ayah saya. Semasa permohonan, saya telah didaftarkan sebagai Cucu. Adakah saya boleh membuat tuntutan SKK / Penunaian STR 2024 di BSN kerana hubungan yang didaftarkan tidak tepat?

J: Sekiranya terdapat perbezaan hubungan di antara pemohon dan waris yang didaftarkan, penunaian boleh dilakukan di BSN dengan syarat dokumen sokongan seperti di Soalan 17 dibawa semasa tuntutan dibuat dan hubungan waris adalah seperti yang telah ditetapkan (rujuk Jawapan bagi Soalan 2).

23. S: Saya telah lulus STR, tetapi waris yang saya daftarkan pada Permohonan STR 2025 telah meninggal dunia. Adakah saya boleh menukar maklumat waris berkenaan?

J: Ya. Anda boleh menukarkan waris yang baharu dan tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Anda perlu mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-02) dan kemukakan ke LHDNM yang berhampiran; atau
ii. Kemas kini maklumat waris secara dalam talian (MySTR) dan tempoh pengemaskinian akan dipaparkan di Portal Rasmi STR – klik menu Kemas Kini Maklumat Asas boleh dibuat sepanjang tahun mulai Januari 2025.

Hubungan waris baharu yang dibenarkan adalah terhad kepada Pasangan / Ibu /Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu kepada pemohon (Rujuk Soalan 2).

24. S: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya pemohon / pasangan telah meninggal dunia dan waris asal yang didaftarkan tidak boleh menuntut SKK bagi pihak pemohon kerana mempunyai masalah kesihatan / hubungan / berada di luar negara?

J: Waris asal yang masih hidup perlu memberi keizinan pertukaran kepada waris baharu. Waris baharu boleh membuat kemas kini maklumat waris dengan mengemukakan surat keizinan (nama waris, no IC , alasan / sebab pertukaran, maklumat waris baharu dan tandatangan) pertukaran waris daripada waris asal. Hubungan waris baharu yang dibenarkan adalah terhad kepada Pasangan / Ibu /Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu kepada pemohon (Rujuk Soalan 2).

25. S: Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah waris yang layak didaftarkan sebagai waris?

J: Waris yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan STR 2025 sahaja.

Advertisements

Leave a Comment